Memaparkan catatan dengan label penipu upfront. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penipu upfront. Papar semua catatan

Selasa, 21 Januari 2025

SCAMMER LAGIIII...SENANG BETUL SCAMMER BUAT DUIT!


Dari dulu scammer boleh buat ape saja..bina website cantik, buat "fake system", buat "fake agreement" dan macam-macam lagi.. Mereka sanggup buat apa saje untuk nampak real..so kita yang BIJAK tolonglah jadi lebih pandai ya..jangan mudah kena gula-gula dengan scammer ni.

Nak baca info Iza selalu update kat Telegram sebab senang nak update.

 

INI ADALAH CONTOH WHATSAPP RANDOM DARI SCAMMER!


Ini adalah contoh whatsapp random dari scammer!

Jangan pelik jika terima whatsapp secara random dari scammer ni.

Mereka peroleh data anda dengan membelinya dari "dark market". Ada manusia yang tak jujur menjual data anda kepada scammer.

Scammer juga semakin pandai.Namun anda kenalah bijak dari mereka. Mungkin gambar wasap mereka nampak meyakinkan.

Tapi anda pasti ke mereka adalah manusia sebenar?Atau hanya mencuri gambar di media social.

Kadang kala wujud juga scammer dengan fake acc facebook.Makanya siasatlah 
- friendlist mereka ( banyak warga asing/tempatan)
- posting mereka

Ini pun dah cukup untuk anda nampak "red flag" dan kenal si scammer tu.

Apa-apa juga melibatkan duit dan urusan tanpa bersemuka WAJIB hati-hati.Tambah lagi jika melibatkan offer yang terlalu bagus..

Ramai nak sangat paling murah, paling bagus offer tanpa sedar mereka hanyalah menjadi "makanan scammer".


Untuk sharing Iza yang lain boleh ke Telegram channel Iza
 

Selasa, 18 Jun 2024

SCAMMER BANK IN CHEQUE KEMUDIAN CANCEL CHEQUE LEPAS DAPAT DUIT MANGSA

Taktik terbaru scammer untuk memperdaya mangsa.

Baru-baru ni..ada yang whatsapp Iza share cerita beliau di tipu scammer.

Cuma cara kalini menarik untuk Iza kongsi supaya ramai yang tak tertipu.

Asalnya..pinjaman yang dia apply memang tak kenakan bayaran. 

Tapi selepas kononnya "pinjaman dia diluluskan" barulah pihak syarikat scammer minta pelbagai bayaran.

Yang lagi meyakinkan mangsa, dia dah nampak duit "floating" dalam akaun.

Jadi tak fikir panjang terus bank in lagi kepada scammer.

Selepas transfer je terus duit kat akaun dia dikeluarkan semula. Scammer juga telah block no whatsapp dia.

Barulah dia sedar rupanya dia telah ditupu scammer.

Dia dah kerugian beribu ringgit..kat bawah ni Iza tunjuk apa yang beliau share kat Iza.Semoga bermanfaat dan tak ada lagi yang kena tipu.


Transaksi melalui Cheque kemudian akan dibatalkan setelah dapat duit dari mangsa.


Contoh Agreement palsu bagi memperdaya mangsa

Sentiasa ingat...

TIADA PINJAMAN yang betul bagi pinjaman mintak duit walaupun 10sen.

Sebabnya..

Kami yang bagi loan. Profit kami bukan dari bayaran pendahuluan tapi dari KADAR FAEDAH yang anda bayar.
 

Selasa, 22 Jun 2021

KENA TIPU RM1400


Morning..
Pagi ni ada yg share dengan iza kena tipu RM1400. Dia dpt no iza dr Instagram.

Macam biasa scammer akan ugut2 nak mintak duit lagi.Abaikan je..scammer ni tau ugut je..cuba ajak jumpa..dia sendiri pun x berani..kalau dengar voice note scammer ni semua berterabur..dia cakap merapu-rapu je..

Macam biasa 1000x ulang..JANGAN BAYAR KALAU APPLY LOAN..TU SEMUA SCAMMER..
SCAMMER X BIJAK MANA PUN..JANGAN TERTIPU ☺️


Kalau nak apply loan tapi kena bayar beribu kat mana logiknya ?

Jangan takut ugutan dari scammer. Mereka hanya berani dalam Telefon sahaja. Sedangkan mereka pun menyorok tak berani jumpa sesiapa.Abaikan dan block sahaja no mereka.

Antara sijil tak berkaitan yang mereka akan bagi untuk yakinkan mangsa.Sijil ni tak ada kaitan dengan Syarikat Pinjaman.

 

Selasa, 8 Disember 2020

SALAH 1 CARA SCAMMER MENIPU-KALAU NAMPAK MACAM NI BLOCK JE NO SCAMMER TU..!!


Mangsa ni dah rugi lebih kurang RM3k++. Iza share supaya lepas ni jika ada yg jumpa taktik macam ni boleh abaikan jangan percaya.

Iza selalu update di fb page..boleh follow iza di page 👉 https://www.facebook.com/kreditkomunitibyiza/






 

Rabu, 26 Ogos 2020

SCAMMER LOAN -SIMYU CREDIT / MAXCASH RESOURCES

simyu credit, maxcash resources

Setiap hari sejak iza up post pasal scammer di Facebook ramai yg wasap mintak pandangan. Paling ramai kena tipu dengan scammer sekarang ni.

Rabu, 8 April 2020

AWAS SCAMMER DI MUSIM PKP

Hai..banyak whatsapp yang masuk bertanya tentang adakah mereka telah ditipu. Oleh kerana musim PKP ni iza memang tak bekerja jadi iza bantu diaorang untuk semak samaada syarikat yang mereka "apply" adalah benar-benar wujud. Maklum la time PKP ni memang banyak scammer ambil kesempatan di atas kesempitan.

Apa pun iza harap korang pegang kata iza ni JANGAN BAYAR jika ada yang minta bayaran sebelum dapat loan

Di bawah ni adalah "lesen" yang ditunjuk oleh scammer.Mengaku syarikat mereka mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia


0143436946

Rabu, 17 April 2019

PINJAMAN TIPU MINTA DUIT PENDAHULUAN




TOTAL KENA TIPU RM13,400 😱
Rasa pelik bila nak apply loan tapi kita pulak yg kena keluar duit banyak macam ni..baca dan ambil pengajaran..Dah banyak kali kes ni viral tapi masih ada yang tertipu.
.
AWAS JANGAN SESEKALI BAYAR UNTUK MEMOHON PINJAMAN!

Sumber dari:-

Harian Metro 16/4/2019

Jumaat, 21 Disember 2018

AWAS PENIPU UPFRONT!



Jangan sesekali membayar kepada sesiapa atas alasan untuk MELULUSKAN PINJAMAN.
Ramai yang tertipu dengan taktik penipuan seperti ini.Majoriti mereka adalah yang tidak layak untuk membuat pinjaman kerana tidak cukup syarat.
Antara contoh mereka yang selalu menjadi mangsa adalah:-
- Surirumah
- Pelajar
- Peniaga kecil-kecilan
- Mereka yang Blacklist/CCRIS/CTOS dan mahukan loan tinggi dengan bayaran yang rendah
- Mereka yang tidak mahu membuat pinjaman dengan Syarikat Pinjaman Berlesen tapi sanggup serahkan duit
- Tidak bekerja
- Mereka yang telah disenarai hitam oleh syarikat Pinjaman Berlesen.



Anda mungkin bakal menjadi mangsa penipuan jika anda sanggup menyerahkan duit!.

Antara alasan Penipu Pinjaman Upfront yang ingin meminta bayaran:-
- Sebagai jaminan
- Security deposit
- Bayaran Agreement
- Bayaran untuk urusan Lawyer
- Bayaran Insurance
- Bayaran "kawtim" untuk kelulusan
- Selepas buat bayaran duit akan dipulangkan

BERIKUT ADALAH CONTOH "AGREEMENT" YANG SERING DIGUNAKAN UNTUK MENIPU.



CONTOH WHATSAPP DARI SCAMMER SEMASA MEMINTA "UPFRONT"@ BAYARAN PENDAHULUAN.










Berhati-hatilah.

Isnin, 4 Jun 2018

"Scammer Loan" -AWAS sila hati-hati!

Akhir-akhir ni memang ramai yang tertipu dengan Pinjaman Berlesen yang offer dengan Kadar Faedah yang tak masuk akal..

Ramai yang percaya dengan tawaran yang mereka tawarkan..akhirnya terbang duit beribu ringgit.


Hari-hari iza dapat whatsapp bagitau kena tipu bayar pada "scammer loan" 


Ada yang sanggup bayar hingga mencecah puluh ribuan ringgit. Yang peliknya, dalam tak ada duirt nak apply loan..ada pulak duit bayar pada penipu...


Kat sini iza akan share "scammer loan" dari Iklan sampailah "agreement" yang mereka gunakan untuk menipu mangsa.Harap ambil iktibar..zaman sekarang banyak penipu..

Contoh Iklan dengan KADAR FAEDAH RENDAH