Tuesday 29 October 2019

KENAPA SYARIKAT PINJAMAN TAK BUAT AUTODEBIT ?

expressloanbyiza

TOLONG BACA & FAHAMKAN..JANGAN BACA TAJUK SAHAJA. MEMBACA AMALAN MULIA !

JANGAN TANYA :- 
LOAN NI TOLAK AUTODEBIT KE?

Soalan ni memang ramai yang bertanya kat iza.

" Kenapa tak buat potongan autodebit je..."

Kat sini iza nak explain kepada anda supaya anda boleh faham kenapa syarikat pinjaman TAK NAK buat potongan secara "AUTODEBIT"

Seringkali Syarikat Pinjaman ni di label " Ah Long " sebabkan isu memegang kad atm. Kalau anda semua biasa survey majoriti syarikat pinjaman akan MEMEGANG KAD ATM pemohon dengan alasan untuk memastikan

- Peminjam bayar tepat pada masa
- Tiada pinjaman dengan banyak syarikat serentak

Ini kerana syarikat pinjaman tidak mempunyai sistem untuk trace berapa syarikat anda dah pinjam. Hampir majoriti syarikat pinjaman MENGAMALKAN SISTEM MACAM NI

Hanya Kad ATM sebagai tanda yang anda ada loan dengan syarikat lain atau tak..mana taknya kad atm kan ada 1 je..jadi hanya boleh buat loan dengan 1 syarikat sahaja.

" Tapikan iza...saya boleh buat kad baru kan...?"

Ya, tak dinafikan anda boleh je buat kad baru, tapi anda kena tahu kad yang ditukar dan jika gagal buat bayaran juga menjadikan tanda yang anda lari dari bayar hutang dan sekiranya anda nak apply dengan syarikat pinjaman lain mereka akan semak PENYATA BANK anda dan juga KAD ATM anda !

Dalam tempoh beberapa bulan anda gagal buat bayaran di syarikat yang anda akan lari mereka akan masukkan nama anda dalam sistem CTOS dan jika anda ingin membuat loan dengan syarikat lain mereka akan melihat Kad anda..jika kad baru mereka sudah tahu anda lari dari syarikat lain dan automatik reject!

Berbalik kepada tajuk post kenapa tak buat Autodebit punca utama adalah disebabkan belum sempat pihak bank menolak bayaran bulanan peminjam dah tarnsfer habis semua duit gaji ke akaun lain.

Jadi, pihak syarikat telah sepakat untuk menggunakan kaedah memegang Kad ATM.

JIKA ANDA MASIH JUGA MENCARI PINJAMAN TANPA KAD ANDA BERKEMUNGKINAN BERJUMPA DENGAN 2 KEMUNGKINAN :-
- PINJAMAN YANG DITAWARKAN AH LONG
- SCAMMER / PENIPU PINJAMAN

Jika anda takut risiko- JANGAN PINJAM !
Kerana syarikat pinjaman juga menanggung risiko jika anda melarikan diri nanti.

Apa pun..Syarikat Pinjaman Berlesen adalah option terakhir selepas anda usaha cara lain untuk mendapatkan bantuan kewangan.Syarikat Pinjaman Berlesen lebih baik daripada Ah Long ..jika ada ikhtiar lain anda digalakkan untuk cuba cara lain. Atau boleh juga CANTIKKAN REKOD KEWANGAN ANDA supaya pihak bank percaya pada anda.

Dan jika tidak dapat juga iza hanya dapat bantu perkenalkan syarikat yang terbaik di antara yang lain dengan memberikan kadar faedah secara menurun yang jarang-jarang syarikat lain tawarkan.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh WhatsApp iza http://kliksini.my/expressloanbyiza


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.