Tuesday 5 November 2019

5 TIPS MEMILIH SYARIKAT PINJAMAN YANG SELAMAT

expressloanbyiza

Ramai yang tak tahu macam mana nak pilih syarikat yang betul, salah pilih seksa dibuatnya. Tak dinafikan memang ramai yang salah pilih syarikat. Nak bayar habis tak boleh, tak tahu berapa lama tempoh nak ikat dan macam-macam lagi masalah.

Masa nak pinjam tak selidik , yelah masa tengah terdesak atau kecemasan memang tak sempat nak ambil tau semuanya.Apatah lagi kalau pertama kali nak pinjam nak tanya kawan pun segan.

Berikut iza nak share beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk memilih syarikat pinjaman

1- PASTIKAN TAHU NAMA SYARIKAT & LOKASI SYARIKAT

Yang ni ada setengah orang pun tak tahu.Bila ditanya apa nama syarikat pun tak tau nak jawab apa.Alasannya hanya berhubung dengan orang tengah.Tak pasti syarikat tu kat mana.Apa-apa urusan dalam whatsapp je...

Jangan buat macam ni tau..! Bahaya.
Umur kita tak tentu sampai hari ni atau esok.Seeloknya catatkan detail hutang, lokasi syarikat, jumlah hutang dan nama orang yang kita hutang tu untuk dihubungi. Ini memudahkan waris ..taklah nanti waris tak tau tiba-tiba ada orang cari kat rumah tuntut hutang..

Eh iza ni...cite bab mati dulu..

Ye ..benda ni nampak ringan tapi kesannya besar.Bukan soal kematian je..kita wajib tahu lokasi dan nama syarikat bagi memastikan syarikat yang kita pinjam tu bukan Ah Long dan nanti kalau ada apa-apa masalah akan datang kita tau mana lokasi syarikat untuk kita buat urusan...kan penting tu

Jadi make sure sebelum nak ambil loan tahu Nama Syarikat & Lokasi syarikat


2- SEMAK NAMA SYARIKAT DALAM WEB KPKT

Bila dah dapat nama syarikat dan lokasi langkah ke-2 pastikan semak nama syarikat dalam website KPKT untuk memastikan syarikat tu wujud. Bukan syarikat tipu atau yang tidak berdaftar.

Memang wujud syarikat persendirian yang tidak berdaftar dengan KPKT memberi pinjaman. Sebelum tu nak bagitahu apa itu KPKT sebab ada yang tak tahu apa tu KPKT

KPKT - Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Kementerian ini yang mengeluarkan lesen dan memantau aktiviti Syarikat Pinjaman Berlesen dan Pajak Gadai di Malaysia. Bukan Bank Negara ye yang kawal syarikat pinjaman berlesen.Jangan salah info.

Untuk buat semakan syarikat dengan KPKT anda hanya perge ke website KPKT ikut langkah seperti di bawah :-



pakej jadual menurun
Klik ke Webiste Emaps KPKT >> https://emaps.kpkt.gov.my/emaps/emaps/
tekan bahagian CARIAN PEMBERI PINJAMAN

Pakej jadual menurun
Masukkan nama Syarikat kat ruangan atas tu

pakej jadual menurun
Akan keluar detail Syarikat kat situ. Tekan kat situ nanti akan keluar lebih detail lagi

pakej jadual menurun
Tadaaaa.. keluar detail syarikat seperti no lesen, tempoh lesen, alamat dan no tel


Mudah je kan nak semak nama syarikat Pinjaman ni. Jadi jika ada orang mengaku dari syarikat pinjaman berlesen boleh tanya nama syarikat mereka dan buat semakan terlebih dahulu.



3- MINTA UNTUK TENGOK JADUAL BAYARAN & TANYA KADAR FAEDAH SEBULAN

Untuk mengelakkan kita tak tahu berapa yang kita akan bayar nanti.Pastikan mintak tengok jadual bayaran. Berapa sebulan yang perlu dibayar, berapa kadar faedah sebulan dan berapa tempoh pinjaman akan selesai.

Semua ni anda perlu tulis siap-siap untuk rujukan akan datang.Seba tak semua syarikat akan buatkan jadual untuk anda. Kadang-kadang ada yang hanya buat kiraan di atas kertas sahaja.

Walaupun dalam iklan mereka dinyatakan kadar faedah 1.5% tapi iza yakin bila anda ke office atau jumpa dengan wakil mereka rate dah jadi lain..percayalah..

Ini contoh plan bayaran syarikat iza..5% dan menurun
pakej jadual menurun
Bayaran setiap bulan menurun tak banyak syarikat sanggup buat !


4- TANYA BERAPA TEMPOH MINIMA UNTUK BUAT SETTELEMENT AWAL / BAYARAN AWAL SEBELUM TAMAT TEMPOH 

Yang ni pun ramai yang tak tahu.Anda perlu tahu ada tak KONTRAK atau MINIMA tempoh bayaran sebelum anda boleh bayar habis kesemua jumlah pinjaman anda.

Let say, anda buat pinjaman lepas 2-3 bulan anda nak settle ada setengah syarikat tak benarkan!. Anda kena tunggu sekurang-kurangnya 6 bulan baru dapat bayar habis.

Perkara ni juga penting kalau anda nak tukar syarikat lain.Anda perlu settlekan dengan syarikat sekarang sebelum boleh apply di syarikat lain yang mungkin syarikat tu mempunyai lebih rendah kadar faedah atau mempunyai pakej lain yang lebih menarik.

Kalau anda dah terikat dengan syarikat sekarang anda tak boleh lari melainkan bayar dan ikut syarat mereka.

5- TANYA KIRAAN UNTUK BAYAR AWAL

" Boleh saya tahu ,kalau nanti nak settle habis macam mana ye kiraanya "

Biasanya jawapan akan diberikan

" Nanti kita akan bagi diskaun..."

Jawapan biasa yang selalu anda akan dapat..

Sepatunya anda minta detailkan berapa jumlahnya..bukan setakat diskaun..mungkinkah diskaun itu hanya RM1 dari jumlah keseluruhannya...?

Ada sesetengah syarikat buat kiraan begini:-
Cth :

Loan RM5000
Bulanan RM600 X 24 bulan

Anda dah bayar 3 bulan , ada duit nak settle habis..jadi baki 21 bulan

RM600 X 21 bulan = RM12,600

Diskaun mungkin 10%,20% atau sedikit sahaja..jadi anda tak mungkin bayar habis sebabnya jumlah menjadi terlalu tinggi dan tak masuk akal pun !

Tetapi kebiasaanya, syarikat hanya mengenakan antara 1-3 bulan penalti sahaja..kiraan bergantung pada syarikat masing-masing.

Ini bukan rekaan, atau sekadar nak takutkan tapi memang wujud dan terjadi sepanjang iza mengendalikan pinjaman beberapa tahun ni..inilah yang iza pernah jumpa.

Pentingnya untuk anda tahu berapa jumlah itu bukan hanya fokus jumlah pinjaman yang bakal anda dapat sahaja.

Ini antara screenshot yang iza simpan client yang terkena dengan syarikat mengarut

pakej jadual menurun
Ini contoh yang kena, tak boleh settle awal minima kena bayar 6 bulan

pakej jadual menurun
Yang ni pula nak settle tak tahu macam mana syarikat sana kira.

Samaada anda percaya atau tidak ini realiti yang berlaku. Iza hari-hari terima WhatsApp dan menguruskan pinjaman client dari pelbagai sektor.Pelbagai masalah diceritakan setiap hari.

Pilihlah syarikat yang betul.Nak cari yang sama sistem dengan bank mungkin susah.Tapi minimakan risiko yang ada lebih baik.

Bagi yang baru nak meminjam iza cadangkan cuba ikhtiar lain terlebih dahulu. Pinjaman dengan syarikat mudah jika anda tahu menguruskan hutang anda.Tetapi akan jadi lebih susah bila anda tiada peningkatan sumber pendapatan atau tiada plan bayaran yang betul.

Bagi iza, cuba pertimbangkan samaada loan itu betul-betul perlu atau boleh ditangguhkan dulu.Kalau dah emergency sangat baru ambil TETAPI fikirkanlah PLAN seterusnya bagaimana nak cover semula hutang-hutang tu. Jangan buat hutang untuk menutup hutang lama-lama hutang akan membukit.

Cuba juga tambah sumber pendapatan supaya kewangan akan makin stabil. Dan akhir kata iza doakan semoga semua yang mebaca sentiasa dilimpahi rezeki yang banyak dan bebas daripada hutang ..InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.