Memaparkan catatan dengan label scammer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label scammer. Papar semua catatan

Selasa, 21 Januari 2025

SCAMMER LAGIIII...SENANG BETUL SCAMMER BUAT DUIT!


Dari dulu scammer boleh buat ape saja..bina website cantik, buat "fake system", buat "fake agreement" dan macam-macam lagi.. Mereka sanggup buat apa saje untuk nampak real..so kita yang BIJAK tolonglah jadi lebih pandai ya..jangan mudah kena gula-gula dengan scammer ni.

Nak baca info Iza selalu update kat Telegram sebab senang nak update.

 

INI ADALAH CONTOH WHATSAPP RANDOM DARI SCAMMER!


Ini adalah contoh whatsapp random dari scammer!

Jangan pelik jika terima whatsapp secara random dari scammer ni.

Mereka peroleh data anda dengan membelinya dari "dark market". Ada manusia yang tak jujur menjual data anda kepada scammer.

Scammer juga semakin pandai.Namun anda kenalah bijak dari mereka. Mungkin gambar wasap mereka nampak meyakinkan.

Tapi anda pasti ke mereka adalah manusia sebenar?Atau hanya mencuri gambar di media social.

Kadang kala wujud juga scammer dengan fake acc facebook.Makanya siasatlah 
- friendlist mereka ( banyak warga asing/tempatan)
- posting mereka

Ini pun dah cukup untuk anda nampak "red flag" dan kenal si scammer tu.

Apa-apa juga melibatkan duit dan urusan tanpa bersemuka WAJIB hati-hati.Tambah lagi jika melibatkan offer yang terlalu bagus..

Ramai nak sangat paling murah, paling bagus offer tanpa sedar mereka hanyalah menjadi "makanan scammer".


Untuk sharing Iza yang lain boleh ke Telegram channel Iza
 

Selasa, 18 Jun 2024

SCAMMER BANK IN CHEQUE KEMUDIAN CANCEL CHEQUE LEPAS DAPAT DUIT MANGSA

Taktik terbaru scammer untuk memperdaya mangsa.

Baru-baru ni..ada yang whatsapp Iza share cerita beliau di tipu scammer.

Cuma cara kalini menarik untuk Iza kongsi supaya ramai yang tak tertipu.

Asalnya..pinjaman yang dia apply memang tak kenakan bayaran. 

Tapi selepas kononnya "pinjaman dia diluluskan" barulah pihak syarikat scammer minta pelbagai bayaran.

Yang lagi meyakinkan mangsa, dia dah nampak duit "floating" dalam akaun.

Jadi tak fikir panjang terus bank in lagi kepada scammer.

Selepas transfer je terus duit kat akaun dia dikeluarkan semula. Scammer juga telah block no whatsapp dia.

Barulah dia sedar rupanya dia telah ditupu scammer.

Dia dah kerugian beribu ringgit..kat bawah ni Iza tunjuk apa yang beliau share kat Iza.Semoga bermanfaat dan tak ada lagi yang kena tipu.


Transaksi melalui Cheque kemudian akan dibatalkan setelah dapat duit dari mangsa.


Contoh Agreement palsu bagi memperdaya mangsa

Sentiasa ingat...

TIADA PINJAMAN yang betul bagi pinjaman mintak duit walaupun 10sen.

Sebabnya..

Kami yang bagi loan. Profit kami bukan dari bayaran pendahuluan tapi dari KADAR FAEDAH yang anda bayar.
 

Selasa, 17 Januari 2023

TAK PINJAM PUN KENA BAYAR!! AH LONG APPS MAKIN GILA JANGAN DOWNLOAD APPS PINJAMAN!!



MAKIN GILA!!!!
Baca apa yang harian metro siarkan hari ini..makin gila lah ah long apps..

Cukup dengan download apps diaorang habis semua data dalam hp diaorg curi..tak pinjam pun kena bayar ...naya!!

Kisah ah long apps ni memang dah berleluasa, kat facebook, berita semua dah dicanang betapa bahayanya mereka.

Tapi..masih ada lagi yang nak cuba-cuba..

Kesannya besar..tak cukup viral kepada contact number dalam handphone, mereka akan buat lebih extreme viralkan di group-group facebook dan menaikkan banner dikawasan anda tinggal.


Kes yang terbaru, sesiapa saja yang download apps mereka, mereka curi data dalam handphone dan buat fitnah mengatakan yang kita meminjam dari mereka.


Walaupun banyak report polis dah dibuat tetapi masih lagi mereka aktiff dan setiap hari ada sahaja apps baru dengan nama yang berbeza mereka wujudkan.


Jadi berhati-hatilah..cari syarikat yang SELAMAT,WUJUD DAN BERDAFTAR supaya jika terjadi apa-apa anda mudah nak buat aduan.


Baca kat sini..
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/01/925557/paksa-bayar-walaupun-tak-pinjam

Selasa, 22 Jun 2021

KENA TIPU RM1400


Morning..
Pagi ni ada yg share dengan iza kena tipu RM1400. Dia dpt no iza dr Instagram.

Macam biasa scammer akan ugut2 nak mintak duit lagi.Abaikan je..scammer ni tau ugut je..cuba ajak jumpa..dia sendiri pun x berani..kalau dengar voice note scammer ni semua berterabur..dia cakap merapu-rapu je..

Macam biasa 1000x ulang..JANGAN BAYAR KALAU APPLY LOAN..TU SEMUA SCAMMER..
SCAMMER X BIJAK MANA PUN..JANGAN TERTIPU ☺️


Kalau nak apply loan tapi kena bayar beribu kat mana logiknya ?

Jangan takut ugutan dari scammer. Mereka hanya berani dalam Telefon sahaja. Sedangkan mereka pun menyorok tak berani jumpa sesiapa.Abaikan dan block sahaja no mereka.

Antara sijil tak berkaitan yang mereka akan bagi untuk yakinkan mangsa.Sijil ni tak ada kaitan dengan Syarikat Pinjaman.