Tuesday 26 January 2021

3 CARA MUDAH MENGENAL SCAMMER LOAN-AWAS KALAU ADA TANDA SEPERTI KAT BAWAH NI

( KLIK PADA GAMBAR UNTUK BACA SELANJUTNYA )

Hi semua, lama iza tak update blog busy sikit sejak masuk tahun 2020. Iza lebih aktif di FB page,Ig dan Fb personal iza.Boleh follow ye.

Hari ni iza nak share lagi pasal scammer. Tak jemu-jemu iza cite pasal scammer ni..mana taknya hari-hari dapat WhatsApp orang minta bantuan pasal scammer ni.

Sebenarnya tak perlu pun nak check nama syarikat tu. Cukup dengan 3 cara kat bawah ni anda boleh kenal scammer ke bukan.

Baca ye semoga duit anda terselamat dari penipu siber ni..


Scammer ni akan hubungi anda melalui WhatsApp,mesej,Call atau PM anda di messenger FB. Dia akan offer loan kepada anda dengan tawaran yg menarik biasanya interest yg rendah,tak perlu pegang kad atm dan tempoh pinjaman sehingga 10 tahun

Atau anda ada mengisi mana-mana borang diiklan FB, di mana-mana website atau apps untukmemohon loan.


Selepas mengambil butiran anda seperti dokuemen atau ic, mereka akan pura-pura proses. Akan ada seorang pegawai lain yang hubungi anda kononnya mengatakan loan anda telah lulus.

Anda diminta untuk sign agreement, atau buat pengakuan persetujuan untuk menerima pinjaman tersebut.

Dalam fasa ni ada scammer yang terus minta duit (dia ada nyatakan dalam agreement palsu sebagai kos proses yang perlu di bayar oleh pemohon yg bersetuju.

Dan bagi sesetengah scammer lain pula, mereka tunggu anda terima offer dulu kemudian baru minta duit.

 

Sesetengah scammer dia akan menunggu anda terima offer.Kemudian diaakan bagitahu pihak mereka akan masukkan duit hari yang sama.

Tetapi mereka memberitahu bahawa CREDIT SCORING anda tidak lepas. Anda perlu membayar sejumlah wang untuk menaikkan semula credit Scoring tersebut.

Mereka akan tunjukkan Credit Scoring yg mereka cipta kononnya itulah credit scoring anda yg gagal.Jadi anda perlu membayar barulah mereka akan masukkan duit ke acc anda.

Ingatlah apapun alasan mereka, TIADA SYARIKAT yang wujud meminta bayaran walaupun 1 sen dari anda untukproses permohonan.

Jika dokumen lengkap dan anda layak anda akan terima pinjaman anda dalam tempoh tak sampai 24 jam tanpa apa-apa bayaran.

Jika anda ingin semak kelayakan anda secara PERCUMA boleh WhatsApp iza untuk iza bantu anda.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.