Showing posts with label Blacklist Pinjaman Berlesen. Show all posts
Showing posts with label Blacklist Pinjaman Berlesen. Show all posts

Monday 16 July 2018

CTOS PINJAMAN BERLESEN- Majoriti Syarikat Pinjaman menolak permohonanan dari peminjam yang disenarai hitam oleh CTOS.

Hai semua...
Hari ni Iza nak share berkaitan dengan CTOS atau senarai hitam mereka yang pernah membuat pinjaman dengan mana-mana syarikat Pinjaman Berlesen tapi TAK HABIS BAYAR.

Untuk info semua, sekiranya anda tidak membayar pinjaman nama anda akan dimasukkan dalam sistem CTOS. Apa juga alasan anda..anda perlu selesaikan dengan syarikat tersebut untuk mengeluarkan nama anda dari CTOS.

Memang ramai tak sangka nama mereka akan masuk dalam sistem ini kerana menyangka syarikat pinjaman berlesen tidak akan memasukkan nama mereka.Kebiasaannya, mereka memberi pelbagai alasan untuk mengatakan mereka tak bersalah..

Untuk info semua juga, bukan mudah untuk sengaja syarikat memasukkan nama ke dalam CTOS melainkan terdapat bukti-bukti menunjukkan anda gagal membayar pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sekarang lagi ramai yang kena CTOS..puncanya meminjam lebih daripada kemampuan..

Untuk mereka yang mempunyai rekod CTOS dengan Pinjaman Berlesen, iza nasihatkan STOP dulu mencari pinjaman...

Cuba selesaikan dulu masalah CTOS tu..hubungi syarikat tersebut dan berbincang untuk buat bayaran semula..sedikit tapi akan habis...

Jangan sesekali meminjam dari Ah Long sebab tak akan selesaikan masalah..menambahkan lagi masalah anda...