Showing posts with label Terkena syarikat mahal. Show all posts
Showing posts with label Terkena syarikat mahal. Show all posts

Tuesday 14 March 2023

#CASE STUDY- " OPEN PAYMENT "



LOAN RM10K
RM650 INTEREST SAHAJA
(6.5% sebulan interest)
RM100-RM300 BAYARAN LOAN
TEMPOH BAYAR: SAMPAI SELESAI LOAN
BAKI NAK SETTLE: RM13,900


Ramai yang ambil loan secara "OPEN PAYMENT" bayar pokok sikit-sikit..nampak macam murah..tapi sebenarnya mahal.

Tapi ramai yang sanggup sebab bandingkan kalau iza bagi jadual betul-betul nampak macam tinggi mula-mula..

Tapi hakikatnya..

Bila ada jadual anda tahu bila anda akan habis bayar pinjaman dengan tepat..

Bukan main agak-agak habis bila atau tak tau habis bila..

Jangan terpedaya nampak MURAH tapi belajarlah cara mengira KADAR FAEDAH..

Yang buatkan hutang menjadi BEBAN adalah KADAR FAEDAH yang tinggi dan potongan loan sebenarnya sikit je..

Jadi..nak apply Kredit Komuniti ni kena pandai check Interest jangan ambik sahaja..😊





 

Wednesday 4 August 2021

TERKENA SYARIKAT MAHAL

 

Pagi ni iza dapat whatsapp..ada yang nak settle syarikat lain..tapi settlement dia agak tggi..25k!


Masa pinjam baru RM13k je..tp bila nak settle awal dia charge smpai 25k..langsung taknak bg diskaun. Bayaran setiap bulan RM1800 selama 2 tahun..

Benda ni bukan baru bg iza..setiap hari memang ada yg whatsapp minta semak kelayakan tapi kebanyakan tak lepas sebab nak settle syarikat yg mereka pinjam terlalu tggi.

Sebaiknya..cuba cari RATE YG RENDAH..kalau faham tentang interest yg mereka kenakan lebih mudah.Hal-hal macam ni ramai yang tak ambik kisah masa apply.

Apa yg ramai org FOKUS hanya LOAN YG LEPAS & SYARIKAT MANA YG BAGI PALING TGGI tanpa fikir kesannya kemudian hari.

Harap sharing iza ni membantu mereka diluar sana utk lebih bijak memilih.