Sunday 18 December 2022

BEZA RATE TETAP & RATE MENURUN


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Dah beberapa bulan iza tak update blog...kesibukan yang teramat..tak sempat nak curi masa untuk update blog..


Harini iza cuba update beberapa post supaya dapat pembaca blog menambah ilmu berkaitan pinjaman ALTERNATIF SELAIN BANK.

Pinjaman sejenis ini memang ada risiko jika anda tak betul-betul faham..

Ok..dalam posting ni iza cuma nak bagi gambaran beza BAYARAN TETAP dengan BAYARAN MENURUN

Dalam pasaran Kredit Komuniti ada pelbagai jenis bayaran..tak lari dari 2 jenis ni..samaada bayarannya tetap atau bayarannya turun..


APA YANG TURUN??


Biasanya yang turun adalah KADAR FAEDAH atau POKOK salah 1 bergantung kepada syarikat tu sendiri.

Yang penting ada sendiri mesti faham dan jelas tentang plan bayaran yang dikenakan...

Sebabnya...8/10 orang yang meminjam dengan kredit komuniti TAK TAHU  BERAPA INTEREST yang dikenakan ke atas pinjaman mereka!

Kat bawah ni iza sertakan PERBEZAAN BAYARAN TETAP SETIAP BULAN & MENURUN

BAYARAN TETAP= Bayaran sama dari awal hingga habis loan
BAYARAN MENURUN= Kadar faedah dikira dari BAKI PINJAMAN yang belum bayar.



PERBANDINGAN PINJAMAN RM11,000

(Perbandingan ini dari syarikat iza dan syarikat lain yang client iza beritahu berdasarkan pinjaman yang client iza buat di syarikat tersebut)


(BAYARAN TETAP)

PINJAMAN : RM 11,000

KADAR FAEDAH : 5%

TEMPOH : 3 TAHUN

BULANAN: RM870

TOTAL HUTANG DIBAYAR: RM31,320


(BAYARAN MENURUN)

PINJAMAN : RM 11,000

KADAR FAEDAH : 5%

TEMPOH : 2 TAHUN 1 BULAN

BULANAN: PERMULAAN RM990  (AKAN TURUN SETIAP BULAN)

TOTAL HUTANG DIBAYAR: RM18,250


PERBEZAAN PINJAMAN YANG SAMA, KADAR FAEDAH YANG SAMA BEZA ANTARA 2 PINJAMAN NI RM13,070


KESIMPULANNYA...


Jangan lihat pada jumlah permulaan yang dibayar..tetapi secara keseluruhannya..


Apa pun pilihan masih ditangan anda..iza dah ajar cara bezakan..harap membantu anda buat pilihan..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.