- Surirumah
- Gaji tunai
- Nak bayaran murah macam bank
- Nama dah disenarai hitam dengan syarikat Pinjaman Berlesen yang berdaftar
- Dokumen yang tidak lengkap
- Peniaga
- Mereka yang terdesak nakkan duit segera
- Golongan yang nak loan tinggi tapi gaji rendah
Berikut wasap iza dengan penipu:-
LANGKAH -3 : PEGAWAI PALSU CALL BAGITAHU LOAN DAH LULUS
Lepas terima call penipu yang WhatsApp akan sambung proses "saiko" mangsa.
CONTOH AGREEMENT PALSU
Ada banyak lagi perbualan iza dan scammer. Banyak sangat nak upload tapi ini antara contoh bagaimana ayat-ayat cubaan mereka untuk menipu.
Jangan sesekali SERAHKAN DUIT kepada mereka. Jika anda nak cuba nasib anggaplah sedekah sahaja kerana belum ada lagi pinjaman yang berjaya jika bayar macam ni. Tak percaya?
Iza hari-hari berdepan dan berurusan dengan pelbagai golongan client dari pelbagai latar belakang. Banyak yang mereka kongsi dan iza juga buat survey.
Boleh dikatakan semua adalah PENIPU!
APA PERLU BUAT JIKA DIUGUT UNTUK BATAL LOAN?
Jika anda diugut untuk batalkan pinjaman anda boleh buat REPORT POLIS
Kebiasaanya mereka akan ugut untuk:-
- Ambil tindakan Mahkamah sebab nak batalkan loan
- Hantar surat lawyer nak saman
- Nak mufliskan nama
- Nak viralkan kad pengenalan
- Dan pelbagai ugutan lain
Cepat-cepat report polis untuk buat "cover report" sebagai langkah keselamatan anda. Dokumen anda mungkin akan disalah guna!
Segera block nombor penipu tersebut supaya mereka tidak lagi menganggu anda.
Jangan bimbang dengan ugutan mereka.Mereka hanya boleh cakap sahaja.Buat apa nak takut dengan mereka, mereka adalah penipu !
Semoga info ni akan membantu anda supaya tidak ditipu lagi. Iza akan update post ni jika ada ada sumber lagi dari mangsa yang lain.
UPDATE 14/8/2020
SCAMMER GUNA SYARIKAT YANG WUJUD!!
Sekarang scammer aktif menipu menggunakan nama syarikat yang wujud dan berdaftar diemaps.kpkt.
Mereka menggunakan nama syarikat yang berdaftar dan nombor telefon di dalam website tidak dapat dihubungi.
Apa pun kuncinya JANGAN BAYAR!
Scammer yang dikesan menggunakan nama syarikat yang wujudantaranya menggunakan nama Syarikat
-Maxcash Resources
-Simyu Credit
Semoga info ini membantu anda diluar sana berhati-hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.