Wednesday 8 April 2020

AWAS SCAMMER DI MUSIM PKP

Hai..banyak whatsapp yang masuk bertanya tentang adakah mereka telah ditipu. Oleh kerana musim PKP ni iza memang tak bekerja jadi iza bantu diaorang untuk semak samaada syarikat yang mereka "apply" adalah benar-benar wujud. Maklum la time PKP ni memang banyak scammer ambil kesempatan di atas kesempitan.

Apa pun iza harap korang pegang kata iza ni JANGAN BAYAR jika ada yang minta bayaran sebelum dapat loan

Di bawah ni adalah "lesen" yang ditunjuk oleh scammer.Mengaku syarikat mereka mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia


0143436946

Untuk makluman semua TIADA Syarikat Pinjaman Berlesen yang mendapat lesen dari Bank Negara kerana kesemua Lesen syarikat Pinjaman dikeluarkan oleh KPKT (Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan).

Boleh klik web KPKT untuk buat semakan Syarikat yang sah dan berdaftar ðŸ‘‡ðŸ‘‡


Atau baca di sini cara nak buat semakan dengan KPKT step by step ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Jadi mana yang dengar lesen Syarikat Pinjaman dikeluarkan selain dari KPKT memang 100% Scamm

0143436946



0143436946

Nak bagi lebih percaya biasanya mereka akan bagi "agreement" seperti di atas.Mengatakan pinjaman telah pun lulus.

Dan kemudian akan minta sejumlah bayaran (biasanya amaun kecil dulu antara RM500-RM600) untuk "kredit" duit ke akaun. Bagi mereka yang tak tahu apa, mereka sangat yakin bahawa loan mereka benar-benar lulus. Jadi tak fikir panjang akan segera "bank in" dengan harapan tak lama kemudian dapatlah amaun yang dipohon.

Selepas "bank in", akan mula episod lain di mana anda akan diminta untuk bayar lagi dan lagi..sehinggalah anda tak mampu dan tak ada duit nak bagi.

Maka mereka akan ugut...

"encik jika tak bayar kami tak dapat masukkan duit, dan loan ini akan automatik terbatal..tiada refund!.."

Maka barulah mereka sedar yang mereka dah pun ditipu..no pun dah kena block..apa nak buat??..

Banyak kes dah macam ni..cuma ramai yang tak cari info. Bila keadaan mendesak maka akan cubalah pelbagai ikhtiar dan buat keputusan melulu.

Untuk info semua yang share info di atas kerugian hampir RM10K !!

Iza sekali lagi nak ingatkan anda semua..tak kira keadaan mendesak berfikirsecara bijak. Setakat ni BELUM ADA yang bila bayar upfront anda dapat loan. MEMANG TAK ADA

Semoga perkongsian iza ni membuka mata. Kalau baru nak bayar sila jangan bayar. Dan iza doakan semoga anda semua dilapangkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Malam ni adalah Malam Nisfu Sya'ban iza mohon maaf jika ada tersalah kata,atau pernah kecilkan hati anda dengan penulisan iza di blog ini harap dimaafkan.

Salam Nisfu Syaaban
8/4/2020
Hari ke-22 PKP

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.