Wednesday 1 September 2021

AWAS AH LONG APPS !!! - RAMAI DAH KENA VIRAL DENGAN AH LONG MODEN NI

Hai semua..dah lama iza tak share di blog.Akhir-akhir ni agak busy menguruskan permohonan client iza.Harini iza nak share mengenai ah long apps yg tgh aktif menjerat mangsa.

Benda ni tengah viral..iza dan kawan-kawan dapat juga wasap dari ah long apps mengatakan kenalan kami ada buat loan tak bayar & disertakan sekali gambar-gambar yang kami sendiri pun tak kenal siapa.

Tapi dapat agak dah ni mesti kes "ah long apps"..org ni mungkin ada save no hp iza atau kawan-kawan masa tgh survey2 loan.

Jadi iza buat sikit carian info..jom iza terangkan apa dia ah long apps ni dan kenapa diaorg ni bahaya dan jangan cuba-cuba deal dengan diaorg ni..iza ringkaskan supaya korang mudah baca ye..

SIAPA AH LONG APPS?
⛔ Individu yg memberikan pinjaman secara TIDAK SAH & TIDAK BERDAFTAR melalui apps.
⛔ Dulu menampal iklan di tempat-tempat awam kini menukar modus operandi secara online
⛔ Memberikan pinjaman kepada sesiapa sahaja tanpa perlu berjumpa dan tidak mengira status pekerjaan
⛔ Pinjaman secara kecil-kecilan tanpa melihat dokumen
.
MENGAPA BAHAYA ??
πŸ™… Memberi pinjaman sikit tempoh pendek
πŸ™…Pinjam sikit bayaran berganda-ganda (boleh lihat dalam gambar yg iza sertakan di bawah)
πŸ™… Lewat denda tinggi dikira mengikut jam lewat
πŸ™…Tak bayar di viral kepada semua kenalan, contact, lokasi tempat tinggal dan group-group kawasan tempat tinggal masa
πŸ™…Mereka mencuri data contact, gambar, password fb dan sebagainya yang kita log in menggunakan hp kerana data yang disimpan dalam hp
πŸ™…Boleh kesan lokasi jadi mudah untuk mereka viralkan
πŸ™…Ada setengah individu mengaku mereka diganggu oleh ah long kerana enggan bayar setelah diviral dan ada juga enggan bayar kerana sudah bayar lebih dari sepatutnya.
.
SIAPA SASARAN MEREKA??
🎯 Meraka y tidak lengkap dokumen
🎯 Surirumah,pelajar,kerja sendiri,bergaji
cash, tidak bekerja
🎯 Mereka yg nak meminjam secara mudah tanpa perlu berjumpa

Kesimpulannya, jangan cari masalah yang besar dan bebankan kehidupan kita seharian. Kerana nak pinjam jumlah yang tak besar dan mudah dapat kita fikir tak ada apa-apa sedangkan kesan ke atas emosi selepas itu lebih besar.

Rata-rata mereka yang pernah kena hanya pinjam RM500 tapi dapat kat tangan tak smpai RM300 kemudian bayaran berganda ada yang sampai RM2k..tak bayar kena ugut dan viral...

Jadi jangan cuba-cuba deal dengan ah long apps..jika betul nak mencari pinjaman wajib tahu kat mana syarikat tersebut dan kalau boleh datang lebih baik.

Sila rujuk gambar-gambar di bawah hasil carian di FB berkaitan kegiatan Ah Long Apps. Semoga dapat membantu menyelematkan pembaca blog iza dari terjerat.

Jaga diri, jaga emosi..rancang kewangan anda dengan bijak..πŸ‘




Senarai Ah Long Apps di Playstore. Nama apps kerap berubah

Syarikat Kredit Komuniti tidak menggunakan apps untuk memohon


Mereka mencuri data dalam handphone anda dan gunakan maklumat untuk mengugut peminjam mereka.

Kena viral walaupun bayar pinjaman. 


Nama apps mereka sering bertukar setelah menipu mangsa. Mereka akan create apps dengan nama baru.


Ramai yang kena pinjam RM300 je tapi mereka tuntut hutang sampai RM2k


Mereka menipu kenalan anda bahawa anda meletakkan nama mereka sebagai penjamin pinjaman tersebut.



Pesanan Ikhlas dari:-

Iza
#expressloanbyiza

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.