Ini adalah contoh whatsapp random dari scammer!
Jangan pelik jika terima whatsapp secara random dari scammer ni.
Mereka peroleh data anda dengan membelinya dari "dark market". Ada manusia yang tak jujur menjual data anda kepada scammer.
Scammer juga semakin pandai.Namun anda kenalah bijak dari mereka. Mungkin gambar wasap mereka nampak meyakinkan.
Tapi anda pasti ke mereka adalah manusia sebenar?Atau hanya mencuri gambar di media social.
Kadang kala wujud juga scammer dengan fake acc facebook.Makanya siasatlah
- friendlist mereka ( banyak warga asing/tempatan)
- posting mereka
Ini pun dah cukup untuk anda nampak "red flag" dan kenal si scammer tu.
Apa-apa juga melibatkan duit dan urusan tanpa bersemuka WAJIB hati-hati.Tambah lagi jika melibatkan offer yang terlalu bagus..
Ramai nak sangat paling murah, paling bagus offer tanpa sedar mereka hanyalah menjadi "makanan scammer".
Untuk sharing Iza yang lain boleh ke Telegram channel Iza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.