Memaparkan catatan dengan label Dokumen palsu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dokumen palsu. Papar semua catatan

Selasa, 18 Jun 2024

DOKUMEN PALSU - JANGAN BAZIR DUIT ZAMAN SEKARANG KITA DAPAT KESAN DOKUMEN PALSU ATAU TIPU


" FRAUD DOCUMENT "

Harini kali ke-2 dapat dokumen palsu.

2-2 dari area Johor.

Jangan bazir duit beli dokumen.Kalau 10 tahun lepas nak menipu boleh..sekarang kita dah ada online banking untuk check sama ke tak..

Zaman dah canggih..

Selalu dengar orang kata kat pinjaman berlesen macam-macam kan..ah long lah..bla..bla..

Sebenarnya..kalau nak cerita kes client scam pun ramai..

Ni baru submit dah bg dokumen palsu..ada yg dah pinjam belum bayar lari pun ada..memang dah plan dr awal loan approve nak lari..

Cumanya..syarikat yang betul malas nak viral..kita next je..

Yang dah lari tu kita ctos kan..
Yang menipu dokumen macam ni kita reject..

Malas nak viral kat social media..sebab syarikat berlesen fokus hanya nak provide service dan gain profit sahaja..

 

Khamis, 31 Mei 2018

DOKUMEN PALSU DARI PEMOHON-BUANG DUIT PINJAMAN TAK LULUS

Sekarang ramai yang berani 'membeli' dokumen palsu dengan harga yang mahal.
Anggaran harga dokumen palsu ni bermula RM600 - rm2000 ringgit ke atas.

Ada sendiket menawarkan dokumen palsu ni bertujuan untuk mendapatkan pinjaman kereta,rumah,pinjaman peribadi bank dan juga pinjaman berlesen.

Malangnya, ramai pembeli tak tahu bahawa zaman sekarang sudah canggih, kita tak lagi hanya melihat apa yang kita terima atas kertas seperti 10 tahun lepas.

Kini, segalanya dihujung jari, segala data pemohon ada dalam sistem online...klik je kita boleh tau rekod peminjam..

Jadi, dokumen yang dibeli sebenarnya tak laku..ataupun kertas yang tiada nilai pun.Pinjaman berlesen juga akan meminta kebenaran untuk membuat semakan 'online banking' pemohon. Jika pemohon tidak benarkan maka pinjaman juga tidak dapat diluluskan.

Ini bagi memastikan dokumen yang diberi mesti sama dengan apa yang tercatat dalam penyata online banking.

Jadi, sesiapa yang berniat nak membeli dokumen palsu ni ,fikirkanlah balik..jangan buang duit sebab pemohonan anda tidak akan berjaya di mana-mana.