Monday 22 June 2020

PINJAMAN BERJADUAL DAN BAYARAN TURUN SETIAP BULAN

pakej jadual menurun, pinjaman jadual menurun

Sejak mula beroperasi macam biasa iza busy sangat uruskan permohonan pinjaman.Ramai yang apply, client lama pun bawa kawan-kawan untuk apply. Terima kasih yang sudi support iza.

Lebih kurang 5 tahun lepas iza start uruskan pinjaman dengan syarikat pinjaman berlesen (sebelum tu iza dengan Bank dan Koperasi) masa tu Interest Rate tak macam sekarang. Seingat iza rate dalam 7%/8% sebulan. 

Masa tu fixed tak ada turun-turun ni. Tempoh pula 12 bulan je. Iza ingat lagi mahal sangat. Tapi Client tak ada pilihan yang apply kebanyakan mereka yang dah blacklist dengan bank.

Sebelum uruskan pinjaman dengan Syarikat Pinjaman iza ni memang uruskan pinjaman dengan Bank dan Koperasi. Ramai juga yang blacklist tak boleh apply dengan bank. Jadi pilih syarikat yang terbaik masa tu dan recommend pada customer iza.

Pada waktu tu ketakutan ramai orang adalah Ah long. Dengar Syarikat Pinjaman Berlesen terus semua akan fikirkan Ah Long. Tapi tidak sebenarnya..ah long adalah individu atau kumpulan beroperasi secara haram tetapi Syarikat Pinjaman pula adalah syarikat yang berdaftar dengan pihak KPKT. Kalau gagal bayar nama akan masuk dalam rekod ctos dan kalau ah long mereka akan datang rumah dan buat kacau atau simbah cat. 

Selepas beberapa tahun iza uruskan pinjaman dengan syarikat pinjaman barulah wujudnya kadar rate turun setiap bulan macam ni. Sebenarnya agak susah nak dapatkan rate ni. Mana taknya dari rate yang fixed setiap bulan bos kena turunkan lagi ..tak untung sangat katanya dengan nak cover kos client lari lagi.

Tapi akhirnya dia terpaksa juga follow rate turun setiap bulan. Alhamdulillah sekarang dah hampir 3 tahun dan dah beri manfaat kepada ramai orang untuk dapatkan rate murah dan sekarang dah banyak syarikat ikut juga rate macam ni atas dasar pesaingan.

Apa pun anda boleh survey buat perbandingan mana yang terbaik untuk diri anda.Hal-hal berkaitan pinjaman ni kena fikirkan betul-betul. Kalau anda tanya iza, tiada paksaan, desakan..terpulang pada anda.Jika anda wasap iza untuk tanya-tanya nak buat semakan iza takkan desak untuk ambik loan dengan iza. Iza explain sehabis baikdan last sekali terpulang kat anda nak pilih yang mana.

Iza hanya happy membantu, sharing apa yang iza tahu sepanjang 13 tahun dalam menguruskan pinjaman. Semoga apa yang iza tahu dapat memberi manfaat kepada anda pula.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.