Tuesday 9 June 2020

" BAYAR FAEDAH JE ,POKOK TAK GERAK-GERAK BILA LOAN NAK HABIS NI.."



Ramai juga menghadapi masalah macam ni. Dalam tak sedar rupanya bayar faedah je pokok tak gerak-gerak. Kalau macam ni bila nak habis bayar loan kan.

Perkara macam ni memang susah nak jangka. Lagi-lagi masa kita apply loan tu dalam keadaan terdesak. Masa tu yang kita tahu supaya loan tu approve je. Masa nak bayar baru sedap kesilapan yang kita tak check betul-betul loan tu macam mana.

Ini kesilapan yang ramai orang buat. Ini juga bukan WhatsApp pertama yang iza terima. Ada banyak lagi.Cuma kali ni iza nak share supaya anda betul-betul check masa nak apply. Takut-takut nanti lepas ambik loan bertambah beban.

Kes macam ni anda kena bayar lump sum. Ada duit bayar habis semua tapi itu pun dikenakan charge lagi

Apa pun pesan iza..check betul-betul Jadual Pembayaran Anda pastikan tahu kedudukan berapa bayaran yang perlu dibayar setiap bulan JANGAN hanya tengok jadual pada iklan semata-mata kerana kebanyakan jadual tersebut untuk memancing customer. Minta jadual sebenar berapa yang perlu dibayar.

Harap perkongsian kali ini dapat memberi info kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.