Wednesday 27 June 2018

PERBEZAAN ANTARA AH LONG DAN PINJAMAN BERLESEN

Hai Salam Syawal ke-13..

Hari ni iza nak share serba sedikit mengenai Ah Long dan juga Pinjaman Berlesen. 
Ramai yang masih tak jelas dan samakan Pinjaman Berlesen adalah Ah Long.

Mungkin bagi yang tiada masalah memohon Bank, takkan jadi masalah untuk mencari pinjaman bank, tetapi bagi mereka yang nama ada masalah dengan bank..dan perlukan kewangan..mesti pening pikir kat mana nak cari...


Bagi yang nama cantik, iza pun akan cadangkan apply di bank...

Sebaliknya bagi nama yang bermasalah dengan bank menjadi masalah besar kepada mereka..jadi iza share tips macam mana nak  buat pinjaman yang selamat..

Supaya...


Anda tidak meminjam dengan sebarangan syarikat atau Ah Long..





Ah Long
  • Kebiasaanya meletakkan iklan di tiang lampu,dinding, tepi jalan. Hanya meletakkan tawaran menarik dan no telefon sahaja.Tanpa maklumat lengkap syarikat mereka.Kerana mereka tidak mempunyai pejabat yang tetap dan selalu bertukar kawasan operasi.

  • Mereka selalu bertindak agresif , kalau boleh memang nak bagi loan, tak kisah tak layak pun takpe..janji anda ambik..

  • Biasanya cara bayaran tak pegang kad, boleh bank in ke acc mereka.Tapi...kalau lambat bayar sejam pun interest naik..bergantung pada ah long lah..tapi apa yang pasti bila dah sampai due tak bayar silap-silap rumah dan office kena gegar...malu..

  • Biasanya mereka mengutip bayaran secara mingguan 

  • Mereka tak akan buat semakan CTOS dan tak kisah anda pernah meminjam dengan mana, ramai yang pernah pinjam dengan Pinjaman Berlesen kemudian tak bayar akan memilih Ah Long sebagai Alternatif kerana tiada tempat lagi yang boleh untuk terima mereka membuat pinjaman.

  • Tak kisah kelayakan- samaada anda bekerja ada slip atau tida, berniaga sendiri semua pun boleh.
Kesimpulannya, jangan cuba-cuba berani mencari ah long dalam keadaan terdesak sekali pun.Anda mempertaruhkan nyawa keluarga dan bakal menambah masalah anda.

Memang ada yang tanya iza, boleh tak ambik loan dengan ah long kalau kita bayar cantik tak mungkin ah long datang carikan...

Jawapan iza...jangan sesekali cuba ambiklah..jangan cari penyakit...sekarang pun kita ada masalah duit..akan datang lebih lagi lepas ada pinjaman dengan ah long...

kebanyakan yang iza jumpa bertambah masalah dan tak selesai pun...fikir habis-habis ye..



PINJAMAN BERLESEN

  • Mempunyai office, berdaftar, mempunyai lesen boleh semak kewujudan syarikat sebelum membuat keputusan meminjam atau berjumpa dengan wakil syarikat bagi membuat sebarang urusan.

  • Biasanya tidak mendesak peminjam untuk meminjam

  • Bayaran pinjaman berlesen dibayar secara bulanan.Rata-rata pemberi pinjaman berlesen akan memegang kad.(Yang ni memang ramai yang keliru tapi iza akan explain dalam post seterusnya nanti..)

  • Syarikat akan meneliti kelayakan pinjaman, buat semakan CTOS, lihat komitment dan tahap kemampuan bayaran balik pinjaman.Jika tidak layak pinjaman akan ditolak.

  • Setiap syarikat Pinjaman Berlesen tidak sama dari segi Kadar Faedah, syarat dan pengurusan.Anda dinasihatkan untuk membuat "survey:" sebelum membuat keputusan meminjam.

Kesimpulannya, pilihlah syarikat yang betul..
Dalam keadaan bank pun dah reject kalau boleh cari alternatif lain, tapi kalau perlu juga..pinjamlah dengan kadar perlu sahaja.


Jangan pinjam sampai maksima kelayakan, menambah beban nanti.Iza tak galakkan meminjam tapi iza beri cadangan berdasarkan pengalaman.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.