Wednesday 27 June 2018

KADAR FAEDAH PINJAMAN BERLESEN

Hi semua, 




Kali ni iza nak cerita pasal Interest Rate Pinjaman Berlesen pulak...

Sebab ramai yang tak tahu berapa Interest kebiasaan Pinjaman Berlesen kenakan..

KPKT mengenakan syarat Kadar Faedah Pinjaman tidak melebihi 18% setahun bagi tiada cagaran & 12% setahun bagi pinjaman bercagar.



Tapi...

Iza nak bagitau realiti bahawa tak banyak syarikat yang ikut garis panduan KPKT.Ini kerana, risiko yang pihak syarikat tanggung adalah sangat tinggi ini kerana rata-rata peminjam adalah dari golongan yang mempunyai rekod tidak baik dengan bank dan mempunyai hutang yang tak mampu dibayar sangat tinggi.


Kebarangkalian untuk mereka tidak membayar hutang adalah tinggi.


Ada juga syarikat yang menawarkan Kadar Faedah 1.5% sebulan tetapi mereka mengenakan syarat yang agak ketat dan had pinjaman juga agak rendah.


Walaupun ini tak dapat dijadikan alasan bagi melanggar undang-undang KPKT tiada juga  jalan bagi pihak Pemberi Pinjaman Wang untuk mengambil tindakan ke atas peminjam yang culas untuk membayar hutang mereka selain memasukkan nama mereka ke dalam sistem CTOS.


Untuk info semua syarikat Pinjaman Wang bukanlah bank yang mempunyai terlalu banyak dana untuk menanggung kerugian yang tinggi.Sesiapa berniaga asyik nak rugikan...


Ok ..berbalik pada kadar faedah tadi..


Iza hanya nak anda semua faham rata-rata syarikat Pinjaman Berlesen mengenakan Interest dari 5%-12% sebulan..


Mungkin ada yang terkejut...


Tapi ini adalah REALITI yang anda semua perlu tahu...jangan terpedaya dengan iklan kadar faedah rendah tapi akhirnya makan diri..banyak dah kes yang jadi...


Mungkin ada yang berkata...


Ini sama macam AH LONG..terpulang..kalau anda ragu-ragu..iza nasihatkan JANGAN PINJAM! 


Yang penting, jika anda pandai menjaga profile kewangan, jaga komitment Bank pun suka nak bagi loan. Tapi kalau nama pun dah busuk di Bank, hutang tak terbayar Bank pun tak yakin nak bagi pinjam. Apatah lagi sedara mara, kawan-kawan dan orang terdekat pun tak percaya.


Kesimpulannya, jaga NAMA daripada CCRIS,BLACKLIST,CTOS dan anda tak perlu meminjam dengan syarikat Pinjaman Berlesen.Mudah bukan?..


NOTA: Syarikat Iza menawarkan kadar Faedah dari 5% dan maxima 7% .Boleh rujuk di sini

JADUAL BAYARAN BALIK PINJAMAN                            

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.