Tuesday 17 January 2023

TAK PINJAM PUN KENA BAYAR!! AH LONG APPS MAKIN GILA JANGAN DOWNLOAD APPS PINJAMAN!!



MAKIN GILA!!!!
Baca apa yang harian metro siarkan hari ini..makin gila lah ah long apps..

Cukup dengan download apps diaorang habis semua data dalam hp diaorg curi..tak pinjam pun kena bayar ...naya!!

Kisah ah long apps ni memang dah berleluasa, kat facebook, berita semua dah dicanang betapa bahayanya mereka.

Tapi..masih ada lagi yang nak cuba-cuba..

Kesannya besar..tak cukup viral kepada contact number dalam handphone, mereka akan buat lebih extreme viralkan di group-group facebook dan menaikkan banner dikawasan anda tinggal.


Kes yang terbaru, sesiapa saja yang download apps mereka, mereka curi data dalam handphone dan buat fitnah mengatakan yang kita meminjam dari mereka.


Walaupun banyak report polis dah dibuat tetapi masih lagi mereka aktiff dan setiap hari ada sahaja apps baru dengan nama yang berbeza mereka wujudkan.


Jadi berhati-hatilah..cari syarikat yang SELAMAT,WUJUD DAN BERDAFTAR supaya jika terjadi apa-apa anda mudah nak buat aduan.


Baca kat sini..
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/01/925557/paksa-bayar-walaupun-tak-pinjam

BAYARAN TURUN SAMA TAPI BERBEZA..BANDINGKAN!

Iza dapat whatsapp ni..dia ada baki hutang kat syarikat lain.


Dia forward jadual menurun selama 25bulan.Dan bagitau jadual tu untuk amaun RM5k.Iza pun tengok..

-Jadual tak lengkap
-Tak ada detail berapa potongan pokok dan interest


Nampak macam MURAH tapi sebenarnya MAHAL..

Interest starting 8%

Tak ramai yang tahu kira macam ni..nampak macam serupa..nampak macam murah..nampak macam iza punya jadual kan..

Jom tengok dan bandingkan

Semoga lepas ni anda semua lebih pandai KIRA INTEREST sendiri..

Sebab mahal atau murah sesuatu pinjaman terletak pada INTEREST

Nota: Jadual pertama jadual yang iza terima , jadual yg iza kedua.

Jadual yang customer iza forward tempat
dia pinjam sekarang

Jadual yang iza gunakan.

Jadual menurun yang sama tapi berbezaa kadar faedah.Anda kena pandai kira interest yang dikenakan bukan semata-mata tengok bayaran bulanan yang dikenakan.

Sunday 18 December 2022

BEZA RATE TETAP & RATE MENURUN


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Dah beberapa bulan iza tak update blog...kesibukan yang teramat..tak sempat nak curi masa untuk update blog..


Harini iza cuba update beberapa post supaya dapat pembaca blog menambah ilmu berkaitan pinjaman ALTERNATIF SELAIN BANK.

Pinjaman sejenis ini memang ada risiko jika anda tak betul-betul faham..

Ok..dalam posting ni iza cuma nak bagi gambaran beza BAYARAN TETAP dengan BAYARAN MENURUN

Dalam pasaran Kredit Komuniti ada pelbagai jenis bayaran..tak lari dari 2 jenis ni..samaada bayarannya tetap atau bayarannya turun..


APA YANG TURUN??


Biasanya yang turun adalah KADAR FAEDAH atau POKOK salah 1 bergantung kepada syarikat tu sendiri.

Yang penting ada sendiri mesti faham dan jelas tentang plan bayaran yang dikenakan...

Sebabnya...8/10 orang yang meminjam dengan kredit komuniti TAK TAHU  BERAPA INTEREST yang dikenakan ke atas pinjaman mereka!

Kat bawah ni iza sertakan PERBEZAAN BAYARAN TETAP SETIAP BULAN & MENURUN

BAYARAN TETAP= Bayaran sama dari awal hingga habis loan
BAYARAN MENURUN= Kadar faedah dikira dari BAKI PINJAMAN yang belum bayar.



PERBANDINGAN PINJAMAN RM11,000

(Perbandingan ini dari syarikat iza dan syarikat lain yang client iza beritahu berdasarkan pinjaman yang client iza buat di syarikat tersebut)


(BAYARAN TETAP)

PINJAMAN : RM 11,000

KADAR FAEDAH : 5%

TEMPOH : 3 TAHUN

BULANAN: RM870

TOTAL HUTANG DIBAYAR: RM31,320


(BAYARAN MENURUN)

PINJAMAN : RM 11,000

KADAR FAEDAH : 5%

TEMPOH : 2 TAHUN 1 BULAN

BULANAN: PERMULAAN RM990  (AKAN TURUN SETIAP BULAN)

TOTAL HUTANG DIBAYAR: RM18,250


PERBEZAAN PINJAMAN YANG SAMA, KADAR FAEDAH YANG SAMA BEZA ANTARA 2 PINJAMAN NI RM13,070


KESIMPULANNYA...


Jangan lihat pada jumlah permulaan yang dibayar..tetapi secara keseluruhannya..


Apa pun pilihan masih ditangan anda..iza dah ajar cara bezakan..harap membantu anda buat pilihan..

Tuesday 4 October 2022

AH LONG TEST PAYMENT-BAYAR DALAM 3 HARI JANJI LOAN BESAR SELEPAS COMPLETE PAYMENT


 Hi semua...

Dah lama iza tak update blog.Busy dengan kerja harian.Iza lebih aktif kat page.


Hari ni iza nak share pasal AH LONG TEST PAYMENT.


Minggu ni ada yang whatsapp tanya pasal pinjaman yang macam ni. Iza memang tahu sangat loan jenis ni ..janji dalam 3 hari..after complete je payment dapat loan besar.


Ni style ah long yang nak untung cepat. Dalam 3 hari dia untung.


Mereka akan umpan degan janji nak bagi loan besar lepas habis test payment pertama. 


Tapi sebenarnya..tak dapat pun..


Mereka ni beroperasi tanpa lesen, office pun tak tahu kat mana.


Jangan buang duit beri percuma kepada mereka. Daripada berharap akan dapat loan kemudian mungkin ada yang meminjam kawa sebab nak settlekan hutang.


Mereka tak sedar ditipu.

Loan RM300

Dapat RM100

Selepas 3 hari kena bayar RM300

(Modal dia hanya RM100 dan dapat untung RM200 selepas 3 hari)


Jadi carilah pinjaman yang betul ye.


Jika ada pertanyaan berkaitan pinjaman boleh whatsapp iza

https://izapmsaya.wasap.click


Wednesday 3 August 2022

SIAPA YANG TIDAK LAYAK APPLY KREDIT KOMUNITI-KENAPA?


Kat bawah iza senaraikan siapa yang tidak layak untuk apply dengan Kredit Komuniti.Biasanya akan kena reject:-

  • PENIAGA
  • PELAJAR
  • SURIRUMAH
  • TIDAK BEKERJA TETAP/TIADA SLIP GAJI
  • MEREKA BEKERJA SENDIRI (FREELANCER)
  • MEREKA YANG TERIMA GAJI SECARA CASH ATAU SECARA TRANSFER MELALUI CDM/ONLINE BANKING (DUITNOW)

KENAPA TAK LEPAS DAN SELALU KENA REJECT?
Ini kerana pihak syarikat mengambil kira kemampuan bayaran balik dan jaminan bayaran balik pinjaman mengikut tempoh ditetapkan.

That's why kenapa syarikat menapis kelayakan mereka yang layak untuk apply pinjaman. 

Syarikat Kredit Komuniti dana tidaklah sebesar Bank dan Koperasi, jadi mereka sangat menjaga kualiti peminjam supaya mereka dapat keuntungan dan tidak mengalami kerugian yang teruk.

Walaupun ada dalam list di atas mereka juga bekerja, tetapi risiko untuk berhenti kerja, bertukar kerja adalah tinggi jadi setelah membuat penilaian risiko kebanyakan hanya memberi pinjaman kepada mereka yang difikirkan mampu bertahan dalam pekerjaan dalam tempoh sewaktu pinjaman berjalan.

CTOS KREDIT KOMUNITI BOLEH APPLY KE?



Hai dah lama iza tak update blog. Biasanya iza aktif kat page facebook. Boleh tengok kat page ni iza selalu update :-

Soalan yang biasa orang tanya "Kalau ada rekod ctos dengan kredit komuniti lain boleh apply ke iza..?

Biasanya CTOS ni kalau dah tak bayar lebih 3 bulan ke atas dan terus tak bayar.Jadi nama akan masuk sistem CTOS..

Jawapannya.....


Sebabnya...

Dan juga...


Caranya...settlekan dulu hutang yang tertunggak dan pastikan nama anda clear dari rekod CTOS kemudian boleh cuba apply semula.

Selagi nama anda ada rekod CTOS dengan Kredit Komuniti selagi tu SUSAH untuk anda pinjam dengan syarikat pinjaman.

Monday 21 March 2022

CLIENT APPROVE BULAN MARCH,2022



Lama iza tak update blog.Iza lebih aktif di page.Jadi boleh tengok juga page iza ye.Iza akan update testimoni yang lulus kat post ni.Ikut pada kesempatan iza untuk upload.

Jumlah client iza yang lulus tidak bergantung pada testimoni semata-mata biasanya ramai yang approve anggaran dalam 40-50 client sebulan cuma iza tak sempat nak buat dan update.


Jika ada yang masih anggap iza scammer terpulang ,page ni sendiri dah beberapa tahun iza update dan juga no handphone iza pakai masih kekal sama.

Monday 27 December 2021

LOGO BARU EXPRESSLOANBYIZA

Memperkenalkan logo baru iza. Selepas ini iza akan gunakan logo baru di page,blog dan IG. Terima kasih kepada yang selalu support iza.



Wednesday 1 December 2021

AH LONG APPS VIRAL LAGI...HABIS MUKA MAK AYAH DIA VIRALKAN SANA SINI



DAH RAMAI YANG KENA TAPI MASIH ADA JUGA YANG BUAT!!- Korang tak cari info dulu ke?

Harini iza nak share mengenai mangsa ah long apps.Kes-kes sebegini memang kami selalu jumpa.Tambahan lagi ramai yang save no iza dan team..jadi bila ada yang apply dengan ah long apps dan ada masalah secara tak langsung kami juga akan terima whatsapp macam kat bawah ni..mula-mula kami cuak jugak..kenapa ah long ni dapat no kami ni..letak no kami sebagai refferal ke!
.
Rupanya lepas bercakap dengan team..mereka pun dapat whatsapp yang sama!..masing-masing search no kat whatsapp kalau-kalau ada orang yang disebutkan salah 1 client kami.Yang pasti mangsa ni dah save no kami dalam hp dia.
.
Korang kena hati-hati..jangan sesekali apply loan dari apps.Kerana mereka akan ambik data dari hp.Segala contact anda mereka akan dapat.Mereka juga akan viral sesuka hari kepada semua contact anda..
.
Lagi 1..ada kes pinjam RM500 kena bayar sampai RM3000 ke atas..gile kan?!
.
Ada orang cakap..
.
"ala...takdenye macam tu..saje je iza nak suruh ambik loan dengan dia .lagi pun kat apps ni takkan nak menipu...apps pun canggih...senang je apply online..tekan-tekan dapat duit dah..."
.
Ye..ramai begini..nak buat macam mana..hal scammer dah pesan beribu kali jangan bayar tapi dah bertahun masih ada juga mangsa.Tapi lepas scammed baru diaorg nak start search kat google dengan kat FB cari info...
.
Nak loan mudah kena hati-hatilah..mana ada orang nak bagi pinjam mudah je tanpa ambik kira risiko..macam korang nak bagi pinjam kat orang mesti tengok dulu kan dia mampu ke tak..ada rekod memang liat bayar hutang atau tak...macam tu jugak dengan syarikat kredit komuniti ni..sebab tu kami perlu proses bukan mudah apply online je..😄
.
Semoga perkongdian ini dapat membantu anda.
.
Note: Kerja kami hari-hari membantu mereka yang nak apply loan.Macam-macam iza dan team jumpa.Kami share ikut pengalaman kami selama lebih 5 tahun dalam mengendalikan pinjaman dari kredit komuniti.

Wednesday 1 September 2021

AWAS AH LONG APPS !!! - RAMAI DAH KENA VIRAL DENGAN AH LONG MODEN NI

Hai semua..dah lama iza tak share di blog.Akhir-akhir ni agak busy menguruskan permohonan client iza.Harini iza nak share mengenai ah long apps yg tgh aktif menjerat mangsa.

Benda ni tengah viral..iza dan kawan-kawan dapat juga wasap dari ah long apps mengatakan kenalan kami ada buat loan tak bayar & disertakan sekali gambar-gambar yang kami sendiri pun tak kenal siapa.

Tapi dapat agak dah ni mesti kes "ah long apps"..org ni mungkin ada save no hp iza atau kawan-kawan masa tgh survey2 loan.

Jadi iza buat sikit carian info..jom iza terangkan apa dia ah long apps ni dan kenapa diaorg ni bahaya dan jangan cuba-cuba deal dengan diaorg ni..iza ringkaskan supaya korang mudah baca ye..

SIAPA AH LONG APPS?
⛔ Individu yg memberikan pinjaman secara TIDAK SAH & TIDAK BERDAFTAR melalui apps.
⛔ Dulu menampal iklan di tempat-tempat awam kini menukar modus operandi secara online
⛔ Memberikan pinjaman kepada sesiapa sahaja tanpa perlu berjumpa dan tidak mengira status pekerjaan
⛔ Pinjaman secara kecil-kecilan tanpa melihat dokumen
.
MENGAPA BAHAYA ??
🙅 Memberi pinjaman sikit tempoh pendek
🙅Pinjam sikit bayaran berganda-ganda (boleh lihat dalam gambar yg iza sertakan di bawah)
🙅 Lewat denda tinggi dikira mengikut jam lewat
🙅Tak bayar di viral kepada semua kenalan, contact, lokasi tempat tinggal dan group-group kawasan tempat tinggal masa
🙅Mereka mencuri data contact, gambar, password fb dan sebagainya yang kita log in menggunakan hp kerana data yang disimpan dalam hp
🙅Boleh kesan lokasi jadi mudah untuk mereka viralkan
🙅Ada setengah individu mengaku mereka diganggu oleh ah long kerana enggan bayar setelah diviral dan ada juga enggan bayar kerana sudah bayar lebih dari sepatutnya.
.
SIAPA SASARAN MEREKA??
🎯 Meraka y tidak lengkap dokumen
🎯 Surirumah,pelajar,kerja sendiri,bergaji
cash, tidak bekerja
🎯 Mereka yg nak meminjam secara mudah tanpa perlu berjumpa

Kesimpulannya, jangan cari masalah yang besar dan bebankan kehidupan kita seharian. Kerana nak pinjam jumlah yang tak besar dan mudah dapat kita fikir tak ada apa-apa sedangkan kesan ke atas emosi selepas itu lebih besar.

Rata-rata mereka yang pernah kena hanya pinjam RM500 tapi dapat kat tangan tak smpai RM300 kemudian bayaran berganda ada yang sampai RM2k..tak bayar kena ugut dan viral...

Jadi jangan cuba-cuba deal dengan ah long apps..jika betul nak mencari pinjaman wajib tahu kat mana syarikat tersebut dan kalau boleh datang lebih baik.

Sila rujuk gambar-gambar di bawah hasil carian di FB berkaitan kegiatan Ah Long Apps. Semoga dapat membantu menyelematkan pembaca blog iza dari terjerat.

Jaga diri, jaga emosi..rancang kewangan anda dengan bijak..👍




Senarai Ah Long Apps di Playstore. Nama apps kerap berubah

Syarikat Kredit Komuniti tidak menggunakan apps untuk memohon


Mereka mencuri data dalam handphone anda dan gunakan maklumat untuk mengugut peminjam mereka.

Kena viral walaupun bayar pinjaman. 


Nama apps mereka sering bertukar setelah menipu mangsa. Mereka akan create apps dengan nama baru.


Ramai yang kena pinjam RM300 je tapi mereka tuntut hutang sampai RM2k


Mereka menipu kenalan anda bahawa anda meletakkan nama mereka sebagai penjamin pinjaman tersebut.



Pesanan Ikhlas dari:-

Iza
#expressloanbyiza

Wednesday 4 August 2021

TERKENA SYARIKAT MAHAL

 

Pagi ni iza dapat whatsapp..ada yang nak settle syarikat lain..tapi settlement dia agak tggi..25k!


Masa pinjam baru RM13k je..tp bila nak settle awal dia charge smpai 25k..langsung taknak bg diskaun. Bayaran setiap bulan RM1800 selama 2 tahun..

Benda ni bukan baru bg iza..setiap hari memang ada yg whatsapp minta semak kelayakan tapi kebanyakan tak lepas sebab nak settle syarikat yg mereka pinjam terlalu tggi.

Sebaiknya..cuba cari RATE YG RENDAH..kalau faham tentang interest yg mereka kenakan lebih mudah.Hal-hal macam ni ramai yang tak ambik kisah masa apply.

Apa yg ramai org FOKUS hanya LOAN YG LEPAS & SYARIKAT MANA YG BAGI PALING TGGI tanpa fikir kesannya kemudian hari.

Harap sharing iza ni membantu mereka diluar sana utk lebih bijak memilih.

Monday 21 June 2021

KENA TIPU RM1400


Morning..
Pagi ni ada yg share dengan iza kena tipu RM1400. Dia dpt no iza dr Instagram.

Macam biasa scammer akan ugut2 nak mintak duit lagi.Abaikan je..scammer ni tau ugut je..cuba ajak jumpa..dia sendiri pun x berani..kalau dengar voice note scammer ni semua berterabur..dia cakap merapu-rapu je..

Macam biasa 1000x ulang..JANGAN BAYAR KALAU APPLY LOAN..TU SEMUA SCAMMER..
SCAMMER X BIJAK MANA PUN..JANGAN TERTIPU ☺️


Kalau nak apply loan tapi kena bayar beribu kat mana logiknya ?

Jangan takut ugutan dari scammer. Mereka hanya berani dalam Telefon sahaja. Sedangkan mereka pun menyorok tak berani jumpa sesiapa.Abaikan dan block sahaja no mereka.

Antara sijil tak berkaitan yang mereka akan bagi untuk yakinkan mangsa.Sijil ni tak ada kaitan dengan Syarikat Pinjaman.

 

Sunday 13 June 2021

PROSES PINJAMAN DIBUKA !!!! - KHAS KL & SEL SAHAJA.


 PROSES PINJAMAN DIBUKA!!!

KAMI TERIMA PERMOHONAN DARI KL & SELANGOR SAHAJA

Sesiapa yg perlukan pinjaman dalam tempoh MCO 3.0 jom iza bantu..

Boleh Whatsapp iza utk apply sekarang!

👉Klik link telegram utk lihat dan testimoni dan utk dptkan update :- https://t.me/pinjamanjadualmenurun

Saturday 5 June 2021

SYARIKAT TUTUP SEMASA "TOTAL LOCKDOWN"


Hi semua..sepanjang tempoh "TOTAL LOCKDOWN" syarikat tidak beroperasi. Iza tak dapat MENERIMA PERMOHONAN BARU ATAU PROSES LOAN sepanjang tempoh ini. Iza akan update apabila iza start beroperasi sepenuhnya.


-Terima Kasih-

#expressloanbyiza


Wednesday 24 March 2021

CLIENT LULUS MARCH, 2021

Hai semua, iza akan update Testimoni & Feedback client yng lulus mengikut bulan.Supaya tersusun kemas dan cantik.




👉Subscribe chanel iza tgk testimoni kat sini