Wednesday 1 December 2021

AH LONG APPS VIRAL LAGI...HABIS MUKA MAK AYAH DIA VIRALKAN SANA SINI



DAH RAMAI YANG KENA TAPI MASIH ADA JUGA YANG BUAT!!- Korang tak cari info dulu ke?

Harini iza nak share mengenai mangsa ah long apps.Kes-kes sebegini memang kami selalu jumpa.Tambahan lagi ramai yang save no iza dan team..jadi bila ada yang apply dengan ah long apps dan ada masalah secara tak langsung kami juga akan terima whatsapp macam kat bawah ni..mula-mula kami cuak jugak..kenapa ah long ni dapat no kami ni..letak no kami sebagai refferal ke!
.
Rupanya lepas bercakap dengan team..mereka pun dapat whatsapp yang sama!..masing-masing search no kat whatsapp kalau-kalau ada orang yang disebutkan salah 1 client kami.Yang pasti mangsa ni dah save no kami dalam hp dia.
.
Korang kena hati-hati..jangan sesekali apply loan dari apps.Kerana mereka akan ambik data dari hp.Segala contact anda mereka akan dapat.Mereka juga akan viral sesuka hari kepada semua contact anda..
.
Lagi 1..ada kes pinjam RM500 kena bayar sampai RM3000 ke atas..gile kan?!
.
Ada orang cakap..
.
"ala...takdenye macam tu..saje je iza nak suruh ambik loan dengan dia .lagi pun kat apps ni takkan nak menipu...apps pun canggih...senang je apply online..tekan-tekan dapat duit dah..."
.
Ye..ramai begini..nak buat macam mana..hal scammer dah pesan beribu kali jangan bayar tapi dah bertahun masih ada juga mangsa.Tapi lepas scammed baru diaorg nak start search kat google dengan kat FB cari info...
.
Nak loan mudah kena hati-hatilah..mana ada orang nak bagi pinjam mudah je tanpa ambik kira risiko..macam korang nak bagi pinjam kat orang mesti tengok dulu kan dia mampu ke tak..ada rekod memang liat bayar hutang atau tak...macam tu jugak dengan syarikat kredit komuniti ni..sebab tu kami perlu proses bukan mudah apply online je..😄
.
Semoga perkongdian ini dapat membantu anda.
.
Note: Kerja kami hari-hari membantu mereka yang nak apply loan.Macam-macam iza dan team jumpa.Kami share ikut pengalaman kami selama lebih 5 tahun dalam mengendalikan pinjaman dari kredit komuniti.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.