Saturday 14 November 2020

14 NOVEMBER 2017- PERMULAAN PINJAMAN MENURUN DIWUJUDKAN DAN TELAH BERI MANFAAT KEPADA RIBUAN PEMINJAM YG SEBELUM NI TERBEBAN DENGAN BULANAN YANG TINGGI.


Hai semua..salam Ahad. Harini iza excited nak share dengan semua. Tadi pagi iza scroll FB dan ternampak FB share memories post iza 3 tahun lepas.
Iza sendiri pun sebenarnya tak ingat tarikh mula-mula kami perkenalkan rate ni pada umum.Dalam tak sedar 3 tahun dah berlalu dan Alhamdulillah masih digunakan hingga kini dan menjadi ikutan banyak syarikat lain.

Asal bermula rate ni bukan MUDAH!. Iza dan sorang lagi sahabat terpaksa merayu pada bos untuk turunkan rate yang sebelum ni semua pakai rate TETAP which is around 6%-12%. Memang mahal kan?

Jadi setiap bulan anda-anda akan bayar interest sahaja separuh dari loan..ye..memang sangat beban. Kami tak senang sebenarnya sebab rata-rata peminjam kami orang Melayu.

Setelah puas memujuk akhirnya bos bersetuju. Walaupun awalnya kami ingat cuma main-main. Tapi syukur akhirnya betul-betul follow rate yang kami cadangkan.

Tak tunggu lama iza terus draft jadual ( kalau siapa yang pernah pinjam syarikat pinjaman beberapa tahun lepas syarikat pinjaman tak banyak sediakan jadual)

Kami mula tunjuk kepada orang ramai yang mana nak pinjam tapi nak bayar rendah kami bantu.

Alhamdulillah sambutan baik..tak lama kemudian banyak syarikat follow dan ada yang turunkan kadar faedah mungkin atas faktor persaingan.

Apa pun iza bersyukur walaupun tak directly apply melalui iza sebenarnya dalam tak sedar iza dah bantu ramai peminjam di syarikat lain yang turunkan kadar faedah dapat manfaat. 

Walaupun syarikat pinjaman adalah syarikat alternatif agak berisiko, tetapi bagi setengah orang mereka tiada pilihan. Jadi pilihlah syarikat yang terbaik supaya anda tidak terbeban.

Yang skeptikal kata kami menipu jadual menurun tak wujud teruskanlah skeptikal..dah ramai yang habis bayar.Iza tak paksa. Iza dah usaha untuk bantu anda yang lain terserah pada anda.

Nak dapat rate lagi rendah?
Cukuplah iza dah bantu untuk dapatkan rate turun ni yang mana susah nak dapat..dan iza jamin agak mustahil syarikat kecil untuk bagi rate setanding  bank yang mempunyai fund yang besar. Syarikat kecil dengan ramai peminjam yang lari tak bayar memang susah nak semurah bank.

Mungkin scammer boleh offer..

iza
expressloanbyiza

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.