Wednesday 21 October 2020

3 KESILAPAN YANG RAMAI ORANG BUAT BILA MENCARI PINJAMAN

expressloanbyiza

Harini iza nak list down KESILAPAN ramai orang yang akhirnya terjebak kepada Pinjaman Ah Long dan Tertipu dengan SCAMMER.

Ini pengalaman iza dalam mengendalikan masalah client.Hari-hari ada cerita. Sampaikan dah rasa macam tempat aduan pulak.Tapi takpelah iza share apa yg iza tahu supaya anda-anda diluar sana dapat manfaat.

Kesilapan ramai orang survey loan:-

1- SUKA CARI LOAN TINGGI TEMPOH 5 TAHUN HINGGA 10 TAHUN

-Anda kena faham, syarikat pinjaman adalah PINJAMAN ALTERNATIF kepada mereka yang ada masalah Blacklist/CTOS/CCRIS yang mana Bank pun tak nak bagi loan.

-Jika anda dah cuba pegi bank yang banyak duit tu dan mereka pun reject permohonan loan anda ini bermakna mereka tahu anda tidak mampu utk bayar balik dan ada risiko anda tidak dapat membayar balik.

Jadi pilihan yang ada selepas bank adalah:-- Syarikat Kredit Komuniti, Syarikat kredit lain seperti IOS dan JCL 


-Sebagai peminjam yang BERISIKO hanya pinjaman JUMLAH YANG KECIL dan TEMPOH yang pendek sahaja sanggup diberi oleh pemberi pinjaman.


-Jika ada yang offer panjang boleh dikatakan semua adalah SCAMMER dan minta duit. Iza tahu sebab iza buat survey. Jika ada syarikat yang offer tempoh lebih 5 tahun boleh Whatsapp Iza untuk bagitahu iza nak tahu juga.


-Jadi jika anda masih lagi mencari loan tempoh yang lama anda hanya akan berjumpa scammer dan Ah Long.


2- MENCARI PINJAMAN TANPA PEGANG KAD/AUTODEBIT

- Ini memang ramai yang suka buat.Survey loan tanpa pegang kad akhirnya jumpa Ah Long dan Scammer. Ah long sekarang pun dah pegang kad. Kalau tak pegang kad mereka akan bagi syarat lain yang lebih memeningkan.

Contohnya test payment: Loan 2k bayar balik dalam seminggu RM2800. Kemudian kalau tak bayar bunga naik.Dan juga mungkin anda akan dikunjungi tetamu tak diundung buat bising depan rumah anda.


-Scammer juga offer loan tanpa kad.Kerana motif mereka bukan nak bagi loan tapi hanya nak duit anda. Jadi boleh terus percaya scammer dan serahkan duit anda berbanding kad yang hanya bernila RM12 dan anda masih boleh access ke online banking denagn selamat.


- Tapi yang pelik lebih ramai yang sanggup serahkan ribuan ringgit kepada scammer semata-mata nak loan tanpa kad. Anda pelik tak? 


3- CARI INTEREST YANG SAMA MACAM BANK

- Kalau dah bank pun takut nak bagi loan anda kena faham apatah lagi syarikat kecik yang modal tak besar macam bank. Takmungkin mampu bagi benefit sama seperti bank. Melainkan anda sendiri kena cantikkan rekod kewangan untuk yakinkan bank..kemudian apply lah dengan bank.


- Kebanyakan syarikat pinjaman tak suka cerita Kadar faedah mereka yang betul. Untuk tujuan marketing mereka akan hanya letak Interest 1.5% TETAPI bila nak bayar baru tahu kiraan sebenar.Banyak terjadi kadar faedah sebenar yang mereka antara 6%-10%.


-Tapi mereka tak tahu kira selepas di putar belit nampak semua ok.Tapi kami yang tengok kiraan hanya mampu tersenyum.Kenapa tak cari yang rendah?.


Yang benar itu selalu tak indah. Inilah realiti Syarikat Pinjaman Kredit Komuniti.Pegang Kad, Kadar faedah berbeza bagi setiap Syarikat dan Tempoh Pinjaman Tak Panjang


Ramai yang tak suka CERITA BENAR maka teruskan mencari PENIPU.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.