Friday 10 January 2020

APA ITU KREDIT KOMUNITI


Kredit Komuniti adalah nama baru baru Syarikat Pinjaman Wang Berlesen.Ianya penjenamaan baru yang diperkenalkan oleh Menteri Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. 

Kalau sebelum ini kita panggil syarikat Pinjaman Wang Berlesen sekarang dah jadi Kredit Komuniti.


Majlis Perlancaran Penjenamaan semula pada April,2019


Tapi..sistem masih lagi sama seperti dulu.Tiada perubahan dari segi Kadar faedah walaupun ditetapkan 1.5% sebulan namun tiada sistem pantauan seperti bank -bank yang mempunyai sistem CCRIS yang boleh kita semak status rekod peminjam.

contoh:- berapa syarikat yang telah meluluskan pinjaman dan berapa jumlah pinjaman yang mereka sedang bayar. 

Syarikat Pinjaman Berlesen hanya dapat buat semakan melalui sistem CTOS tetapi tiada rekod yang boleh dirujuk bagi mereka yang bayar pinjaman secara konsisten atau tidak. 

Dan juga tiada rekod berapa banyak syarikat yang mereka pinjam jika Pihak syarikat tidak memegang Kad Bank. 

Risiko memberi pinjaman tanpa kad adalah sangat berisiko tinggi kerana CTOS hanya memaparkan nama mereka yang telah disenarai hitam dan telah gagal membuat bayaran pinjaman. 

Dan iza percaya syarikat yang memberikan pinjaman tanpa kad hanya meluluskan jumlah yang kecil untuk melihat rekod bayaran terlebih dahulu. 

Jika bayar cantik barulah akan dapat meminjam dengan kadar yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.