Isnin, 22 Januari 2024

KELAYAKAN MACAM MANA UNTUK TUTUP HUTANG SYARIKAT LAIN?

 


" KENAPA TAK BOLEH LEBIH? KATA BOLEH TUTUP TEMPAT LAIN..? " - Tanya client dah ada hutang tinggi

Iza selalu dapat soalan macam ni..

Ok lets me explain lebih deep lagi

Kalau korang gaji RM2k contohnya..dah ada hutang lain sampai RM15k — makanya dah tinggiiiii sangat hutang lama tu..

Kalau nak overlapp@tutup anda perlu buat loan lebih tinggi maybe around RM18kke atas
Kalau nak extra cash kena lebih lagi..

Persoalan Iza..

— Mampukah nak bayar bulanan??
Jawapan biasa diterima — saya boleh bayar!

Tapi..kalau korang nak tahu..berapa ramai yang sengsara kerana nak membayar hutang tinggi setiap bulan..sudahnya asyik cari loan untuk overlapp lagi..ni real story!
Maka..untuk overlapp@tutup loan pastikan

****
KELAYAKAN MESTI LEBIH TINGGI DARI BAKI HUTANG
****

Ni formula dia..
So..harap apa yang Iza explain ni anda faham.Kalau tak faham boleh terus whatsapp Iza untuk tanya..

Iza sedia nak sharing😃


Isnin, 14 Ogos 2023

JADUAL MENURUN TAPI TAK SAMA INTEREST--JANGAN SILAP PILIH!


 " JADUAL TURUN SAMA TAPI TAK SERUPA..!"


.
Sekali pandang.." oh ni syarikat lebih kurang Iza punya je ni.."-- kata Iza dalam hati
.
2X pandang..
.
Eh..kenapa mahal sangat kat Interest tu🤔
.
Baru perasan.."La...10% lah dia dah kena..."
.
Kat jadual memang tak tulis..dan Iza pasti dia tak cakap pun..confirm syarikat ni highlight kat--- " Bayaran ni turun setiap bulan..."
.
--- Nampak macam ok ..tak kira-kira terus ambik , tambah lagi time tu terdesak tak fikir lagi dah..
.
Lama tau nak bayar 41 bulan dengan interest 10% tu..
.
Tapi nak buat macam mana..Iza dapat 1 kes tadi dia cakap..
" Saya nak murah..ikat lama pun takpe..." Iza senyum je..😂
.
Confirm tak lama lagi kena!
.
Apa pun..kena fahamkan benda ni..
.
" KREDIT KOMUNITI INTEREST BULANAN"
.
Jadi faham-fahamlah kalau interest bulanan tu macam mana..rata2 rate dalam market sekarang realitinya 4%-10%
.
Yang bagi rate rendah biasanya syarat lagi ketat nak filter yang betul-betul boleh bayar..so syarat lebih ketat..
.
So..pandai-pandailah survey
.
NOTE: TUJUAN IZA UP KAT SINI BUKAN UNTUK MEMBURUKKAN SYARIKAT TERSBUT.INI HANYA " CASE STUDY" UNTUK ANDA SEMUA FAHAM SETIAP SYARIKAT BERBEZA RATE DAN PLAN BAYARAN WALAUPUN NAMPAK SERUPA.KENA PANDAI CHECK & BUAT KIRA-KIRA.

Rabu, 17 Mei 2023

" CTOS KREDIT KOMUNITI.."






Iza share screenshot ni untuk tujuan pembelajaran dan untuk beri info kepada anda semua..

Perkara pertama yang kami akan semak selepas terima dokumen adalah..SEMAK REKOD CTOS

Jika part ni dah sangkut..

Kita tak proceed untuk yang lain-lain lagi dah..
Biasanya iza akan delete dokumen


======
CTOS NI MACAM MANA?
======
Ok iza terangkan ye..

Ctos ni jika anda ada loan sebelum ni dengan mana-mana syarikat pinjaman berlesen@ kredit komuniti yang berdaftar bawah KPKT..

Anda GAGAL bayar mengikut perjanjian, ada skip payment, terus tak bayar atau lari dari hutang (tak feedback,tak ada perbincangan)

Pihak syarikat akan list kan nama anda dalam ctos.Ini bertujuan supaya syarikat lain "aware" yang anda dah ada rekod buruk dengan syarikat seperti ini.

Jadi..

Selagi nama anda ada dalam ctos selagi tu boleh kata majoriti syarikat pinjaman kredit komuniti@pinjaman berlesen TIDAK AKAN LULUSKAN permohonan anda.

Melainkan...

Samaada syarikat yang anda apply tu
-- Beroperasi tanpa lesen
-- Ada juga syarikat yg sanggup ambil risiko bagi pinjaman biasanya amaun sikit dan kadar faedah hingga 10% sebulan

Jadi..

Iza nak nasihatkan mana yang sedang bayar pinjaman dengan mana-mana syarikat pinjaman sekarang ni bayar elok-elok

Ada masalah...bincang..jangan lari

Bila CTOS tiada tempat nak pinjam bila anda betul-betul perlukan..

Sekian coretan panjang dari iza..semoga bermanfaat buat anda semua.



Isnin, 8 Mei 2023

" NI BARU AHLONG...!!"


 " NI BARU AHLONG...!!"

Dalam berita TV3 baru je kejap tadi..berita pasal ah long yang tumpas.
Kerja dia upah orang bakar kereta,simbah cat, ugut mangsa..
..

Diberitakan ah long tu dari negara jiran upah orang Malaysia dengan bayaran sekitar RM700 untuk buat kerja ni.
Kalau ikut dari laporan berita ni iza agak ni "ah long apps"..sebab sekarang mereka memang aktif buat kerja macam ni..
Pinjam sikit kena bayar beribu..


Tak mampu bayar atau tak nak bayar diaorg datang rumah buat kacau..


Hati-hati semua..
Apply cara canggih sangat pun tak selamat..
Berhati-hati lah selalu..
..
Nak apply loan tapi tak lepas kat bank carilah syarikat kredit komuniti
- Berdaftar
- Ada syarikat
- Anda tau lokasi kat mana

Bila dah salah pinjam lagi panjang cerita tak semudah report polis sahaja..ada banyak proses..

Yang ni yang dah kantoi..
Ada ramai lagi kat luar sana
Hari-hari masih buat kerja ni
Dan..banyak kes lagi dalam siasatan..selama tu kena tahan lah ugatan dari mereka..

Tapi..

Masih ramai lagi tak nak dengar nasihat..
So iza suruh teruskan je..


Pengalaman mendewasakan..dah langgar dinding baru rasa sakit

Selasa, 28 Mac 2023

KENA VIRAL GAMBAR TAK SENONOH BY AH LONG APPS...!


Macam ni lah iza dan sahabat-sahabat dalam bidang loan yang lain..kami berkongsi cerita..

Macam-macam hal kami dah jumpa

Yang terbaru viral gambar tak senonoh oleh ahlong apps..benda bukan baru..tapi ramai masih tak alert!

Kadang-kadang bukan tak nasihat..ada yang whatsapp kami buat pandai..macam kami nak scam diaorg😅
.
Bagi iza..tak ada rugi pun iza bagi nasihat..nak dengar atau tidak terpulang..

Memang ramai yang bila dah nasihat buat tak tak tahu..kadang-kadang datang balik lepas kena viral..kena tipu...apakan daya..kami dengar je..dah bagitahu taknak dengar..kami tak rugi apa..🤷
.
Berbalik gambar di bawah..iza musykil juga mana datang gambar tu..sahabat iza bagitau mungkin dia ada simpan gambar dalam hp dia..
.
Bagi yang tak tahu...ah long apps ni boleh curi data jika anda DOWNLOAD APPS ...

Jangan main-main nak test-test..

    - Mereka akan curi no handphone yang di save
         - Curi gambar-gambar
- Curi rekod perbankan

Mereka adalah scammer,sendiket yang akan menyusahkan anda..dengan viral benda yang memalukan..

Jadi..jauhkan diri anda dari terlibat dengan masalah macam ni..

Biasanya pinjam RM300 je tapi kena bayar sampai RM2k-3k..mereka TAK IKUT UNDANG-UNDANG dan TAK TAKUT UNDANG-UNDANG!

Selasa, 21 Mac 2023

"KREDIT KOMUNITI TAK SESUAI BUAT LOAN TINGGI KERANA....."

 

Ada sebahagian yang whatsapp iza tanya loan tinggi sehingga RM100k-RM200k
.
Iza faham ada antara mereka yang nak satukan hutang semua sekali dan bayar 1 tempat je..
.
Kemungkinan mereka ni

- Dah high komitment
- Tak lepas nak apply kat Bank
- Nak kurangkan bayaran yang membebankan


Tapi..
.
Kredit Komuniti bukanlah tempat yang sesuai KERANA...

- KREDIT KOMUNITI KADAR FAEDAH SECARA BULANAN tidak sama macam bank yang mana Kadar faedah dikira secara TAHUNAN

- TIDAK SESUAI TUTUP HUTANG BANK YANG SEDANG BAYAR. Jika nak turunkan komitment seharusnya anda berbincang dengan pihak AKPK atau buat semula penstrukturan hutang dengan pihak bank lebih MURAH dari tutup melalui Kredit Komuniti

- TEMPOH PINJAMAN YANG PENDEK. Tempoh had maksima dengan Kredit Komuniti biasanya tak panjang secara fak langsung bayaran BULANAN LEBIH TINGGI.Biasanya antara 1-3 tahun sahaja


Cukup iza share 3 point ni dulu kenapa Iza tak galakkan meminjam untuk TUTUP HUTANG BANK atau MEMINJAM AMAUN YANG BANYAK.

Kredit Komuniti sesuai untuk :-
- Pinjaman yang kecil
- Tempoh pendek
- Cover hal kecemasan yang tidak dijangka

Semoga sharing iza kali ni membuka memberi anda ilmu mengenai Kredit Komuniti.




Selasa, 14 Mac 2023

#CASE STUDY- " OPEN PAYMENT "



LOAN RM10K
RM650 INTEREST SAHAJA
(6.5% sebulan interest)
RM100-RM300 BAYARAN LOAN
TEMPOH BAYAR: SAMPAI SELESAI LOAN
BAKI NAK SETTLE: RM13,900


Ramai yang ambil loan secara "OPEN PAYMENT" bayar pokok sikit-sikit..nampak macam murah..tapi sebenarnya mahal.

Tapi ramai yang sanggup sebab bandingkan kalau iza bagi jadual betul-betul nampak macam tinggi mula-mula..

Tapi hakikatnya..

Bila ada jadual anda tahu bila anda akan habis bayar pinjaman dengan tepat..

Bukan main agak-agak habis bila atau tak tau habis bila..

Jangan terpedaya nampak MURAH tapi belajarlah cara mengira KADAR FAEDAH..

Yang buatkan hutang menjadi BEBAN adalah KADAR FAEDAH yang tinggi dan potongan loan sebenarnya sikit je..

Jadi..nak apply Kredit Komuniti ni kena pandai check Interest jangan ambik sahaja..😊





 

Selasa, 17 Januari 2023

TAK PINJAM PUN KENA BAYAR!! AH LONG APPS MAKIN GILA JANGAN DOWNLOAD APPS PINJAMAN!!



MAKIN GILA!!!!
Baca apa yang harian metro siarkan hari ini..makin gila lah ah long apps..

Cukup dengan download apps diaorang habis semua data dalam hp diaorg curi..tak pinjam pun kena bayar ...naya!!

Kisah ah long apps ni memang dah berleluasa, kat facebook, berita semua dah dicanang betapa bahayanya mereka.

Tapi..masih ada lagi yang nak cuba-cuba..

Kesannya besar..tak cukup viral kepada contact number dalam handphone, mereka akan buat lebih extreme viralkan di group-group facebook dan menaikkan banner dikawasan anda tinggal.


Kes yang terbaru, sesiapa saja yang download apps mereka, mereka curi data dalam handphone dan buat fitnah mengatakan yang kita meminjam dari mereka.


Walaupun banyak report polis dah dibuat tetapi masih lagi mereka aktiff dan setiap hari ada sahaja apps baru dengan nama yang berbeza mereka wujudkan.


Jadi berhati-hatilah..cari syarikat yang SELAMAT,WUJUD DAN BERDAFTAR supaya jika terjadi apa-apa anda mudah nak buat aduan.


Baca kat sini..
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/01/925557/paksa-bayar-walaupun-tak-pinjam

BAYARAN TURUN SAMA TAPI BERBEZA..BANDINGKAN!

Iza dapat whatsapp ni..dia ada baki hutang kat syarikat lain.


Dia forward jadual menurun selama 25bulan.Dan bagitau jadual tu untuk amaun RM5k.Iza pun tengok..

-Jadual tak lengkap
-Tak ada detail berapa potongan pokok dan interest


Nampak macam MURAH tapi sebenarnya MAHAL..

Interest starting 8%

Tak ramai yang tahu kira macam ni..nampak macam serupa..nampak macam murah..nampak macam iza punya jadual kan..

Jom tengok dan bandingkan

Semoga lepas ni anda semua lebih pandai KIRA INTEREST sendiri..

Sebab mahal atau murah sesuatu pinjaman terletak pada INTEREST

Nota: Jadual pertama jadual yang iza terima , jadual yg iza kedua.

Jadual yang customer iza forward tempat
dia pinjam sekarang

Jadual yang iza gunakan.

Jadual menurun yang sama tapi berbezaa kadar faedah.Anda kena pandai kira interest yang dikenakan bukan semata-mata tengok bayaran bulanan yang dikenakan.

Isnin, 19 Disember 2022

BEZA RATE TETAP & RATE MENURUN


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Dah beberapa bulan iza tak update blog...kesibukan yang teramat..tak sempat nak curi masa untuk update blog..


Harini iza cuba update beberapa post supaya dapat pembaca blog menambah ilmu berkaitan pinjaman ALTERNATIF SELAIN BANK.

Pinjaman sejenis ini memang ada risiko jika anda tak betul-betul faham..

Ok..dalam posting ni iza cuma nak bagi gambaran beza BAYARAN TETAP dengan BAYARAN MENURUN

Dalam pasaran Kredit Komuniti ada pelbagai jenis bayaran..tak lari dari 2 jenis ni..samaada bayarannya tetap atau bayarannya turun..


APA YANG TURUN??


Biasanya yang turun adalah KADAR FAEDAH atau POKOK salah 1 bergantung kepada syarikat tu sendiri.

Yang penting ada sendiri mesti faham dan jelas tentang plan bayaran yang dikenakan...

Sebabnya...8/10 orang yang meminjam dengan kredit komuniti TAK TAHU  BERAPA INTEREST yang dikenakan ke atas pinjaman mereka!

Kat bawah ni iza sertakan PERBEZAAN BAYARAN TETAP SETIAP BULAN & MENURUN

BAYARAN TETAP= Bayaran sama dari awal hingga habis loan
BAYARAN MENURUN= Kadar faedah dikira dari BAKI PINJAMAN yang belum bayar.



PERBANDINGAN PINJAMAN RM11,000

(Perbandingan ini dari syarikat iza dan syarikat lain yang client iza beritahu berdasarkan pinjaman yang client iza buat di syarikat tersebut)


(BAYARAN TETAP)

PINJAMAN : RM 11,000

KADAR FAEDAH : 5%

TEMPOH : 3 TAHUN

BULANAN: RM870

TOTAL HUTANG DIBAYAR: RM31,320


(BAYARAN MENURUN)

PINJAMAN : RM 11,000

KADAR FAEDAH : 5%

TEMPOH : 2 TAHUN 1 BULAN

BULANAN: PERMULAAN RM990  (AKAN TURUN SETIAP BULAN)

TOTAL HUTANG DIBAYAR: RM18,250


PERBEZAAN PINJAMAN YANG SAMA, KADAR FAEDAH YANG SAMA BEZA ANTARA 2 PINJAMAN NI RM13,070


KESIMPULANNYA...


Jangan lihat pada jumlah permulaan yang dibayar..tetapi secara keseluruhannya..


Apa pun pilihan masih ditangan anda..iza dah ajar cara bezakan..harap membantu anda buat pilihan..

Selasa, 4 Oktober 2022

AH LONG TEST PAYMENT-BAYAR DALAM 3 HARI JANJI LOAN BESAR SELEPAS COMPLETE PAYMENT


 Hi semua...

Dah lama iza tak update blog.Busy dengan kerja harian.Iza lebih aktif kat page.


Hari ni iza nak share pasal AH LONG TEST PAYMENT.


Minggu ni ada yang whatsapp tanya pasal pinjaman yang macam ni. Iza memang tahu sangat loan jenis ni ..janji dalam 3 hari..after complete je payment dapat loan besar.


Ni style ah long yang nak untung cepat. Dalam 3 hari dia untung.


Mereka akan umpan degan janji nak bagi loan besar lepas habis test payment pertama. 


Tapi sebenarnya..tak dapat pun..


Mereka ni beroperasi tanpa lesen, office pun tak tahu kat mana.


Jangan buang duit beri percuma kepada mereka. Daripada berharap akan dapat loan kemudian mungkin ada yang meminjam kawa sebab nak settlekan hutang.


Mereka tak sedar ditipu.

Loan RM300

Dapat RM100

Selepas 3 hari kena bayar RM300

(Modal dia hanya RM100 dan dapat untung RM200 selepas 3 hari)


Jadi carilah pinjaman yang betul ye.


Jika ada pertanyaan berkaitan pinjaman boleh whatsapp iza

https://izapmsaya.wasap.click